Liberal

Kerana Mengkritik Ataturk, Hamza Tzortzis Diserang, Diugut Bunuh Wargamaya Turki

Pendakwah antarabangsa terkenal, Hamza Andreas Tzortzis diserang oleh wargamaya Turki di media sosial kerana ‘mengutuk Attarturk’.

Hamza Tzortzis terkenal sebagai tokoh Muslim yang mampu menumpaskan ideologi ateisme dalam debat, antara sesi debat beliau yang paling terkenal adalah apabila beliau menundukkan saintis ateis terkenal Lawrence Krauss.

Laman tokoh organisasi dakwah IERA tersebut di’bom’ dengan komen – komen cercaan dan makian dipenuhi spam gambar – gambar Attarturk.

Serangan tersebut berlaku setelah buku tulisan beliau ‘The Divine Reality’ diterjemah ke dalam bahasa Turki dan beliau kemudian melancarkan promosi sebelum penerbitan.

No photo description available.

Ultra – nasionalis, Kemalist dan sekularis serta ateis kemudian memotong klip daripada ceramah beliau 5 tahun lepas di universiti terkemuka Istanbul.

Ceramah tersebut adalah mengenai kebenaran Islam, motivasi dan lain – lain.

Pada penghujung ceramah, beliau menasihati peserta untuk tidak menganggap sekularis sebagai golongan jahat yang mesti dijauhi. Menurut beliau, Muslim perlu berasa empati kepada mereka dan perlu difahami bahawa golongan sekularis ini tidak lain hanyalah dipengaruhi maklumat yang salah (brainwash).

Namun, beliau juga telah mengkritik Attarturk dengan mengimplikasikannya sebagai ‘rakan syaitan’. Klip ini kemudian disebar – sebarkan dan ia tular di Turki.

Walaupun begitu, melihat isi video tersebut, hakikatnya tiada serangan secara langsung dibuat beliau, malah istilah ‘rakan syaitan’ itu disebut sendiri oleh penonton sebagai menjawab soalan beliau.

Banyak pihak berpengaruh kemudian mengongsikannya klip video tersebut, termasuklah portal berita, ahli akademik Kemalis dan media.

Hasilnya, Hamza kemudian menerima ratusan komen di Twitter, Instagram dan Facebook serta beberapa percubaan menggodam akaun – akaun juga telah dibuat.

Beliau juga diancam ugutan bunuh, diminta supaya dipenjarakan, diseru boikot, ibu bapa beliau juga dicaci maki.

Mustafa Kamal Attarturk anti Islam dan peruntuh khilafah itu disembah sebagai hero di Turki dan banyak tugunya dibina di serata wilayah tersebut.

Image result for ataturk statue
Tugu Kamal Attarturk di Bursa, Turki

Gambar duit kertas menggunakan wajahnya

Walaupun setelah hampir 80 tahun kematian Attarturk, warga Turki masih menggantung potret Attarturk sebagai ‘penjaga’ mereka.

Attarturk telah direkodkan sebagai membenci Islam sebagai agama Arab tidak bermoral, membenci agama malah mendakwa bahawa Tuhan tidak wujud.

“For nearly five hundred years, these rules and theories of an Arab Shaikh and the interpretations of generations of lazy and good-for-nothing priests have decided the civil and criminal law of Turkey. They have decided the form of the Constitution, the details of the lives of each Turk, his food, his hours of rising and sleeping the shape of his clothes, the routine of the midwife who produced his children, what he learned in his schools, his customs, his thoughts-even his most intimate habits. Islam – this theology of an immoral Arab – is a dead thing. Possibly it might have suited tribes in the desert. It is no good for a modern, progressive state. God’s revelation! There is no God! These are only the chains by which the priests and bad rulers bound the people down. A ruler who needs religion is a weakling. No weaklings should rule!” – Attarturk

H. C. Armstrong, The Grey Wolf (Capricorn Books, New York, 1961), pp. 199 — 200

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close