LGBT

“Panggil Pejuang LGBT Berdialog Tak Nak, Kemudian Bising di Media Sosial”

Golongan pejuang homoseks di Malaysia dikiritik kerana enggan menerima jemputan berpentas dan berdialog, tetapi kemudian ‘berbuat bising’ di media sosial dan memburukkan negara di persidangan antarabangsa.

Kritikan tersebut disuarakan oleh Finaz Yunus yang mengatakan sudah beberapa kali tokoh – tokoh LGBT dipanggil oleh pihak PENTAS, namun tidak dilayan oleh mereka

Beliau juga menempelak video terbaru hasilan says.com yang menghina mufti, Perdana Menteri dan golongan Muslim kerana tidak menerima amalan LGBT.

Presiden Wafiq, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar pula mengatakan bahawa video terbaru oleh says.com itu sebagai melampaui batas.

“Penghinaan terhadap agama Islam. 
Penghinaan terhadap mufti dan institusi agama. 
Penghinaan terhadap Tun Mahathir sebagai PM. 
Penghinaan terhadap Rukun Negara. 
Penghinaan terhadap setiap yang cintakan fitrah kekeluargaan, pro-family.


The media has gone too far in provocating Muslims and pro-family of other faiths. “

Beliau kemudian membuat laporan polis sebagai tanda bantahan provokasi yang dibuat oleh golongan pro – gay di negara ini.

Laporan polis. Kebebasan bersuara ada hadnya. Memperolok-olokkan Mufti dan Jabatan Agama adalah keterlaluan.

Posted by Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar on Friday, 19 April 2019

Laporan tersebut berbunyi:

Saya ingin melaporkan unsur – unsur penghinaan dan hasutan kandungan video tersebut oleh Says.com dan pengacara Nandini yang telah menghina Islam, Menghina Mufti Pulau Pinang, Perdana Menteri dan tidak menghormati perlembagaan Malaysia yang menetapkan Islam sebagai agama persekutuan, di mana LGBT adalah dilarang di dalam kedua – dua penal kod dan kod jenayah syariah. Tujuan saya membuat laporan ini adalah agar pengeluar video dan pengacara itu disiasat di bawah akta hasutan dan video tersebut dipadamkan kerana ia akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam dan mencetuskan isu perkauman dan keagamaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close