info Islam

“Gereja Notre Dame Tidaklah ‘SeEropah’ Mana, Ia Banyak Pinjam Reka Bentuk Islam”: Pengkaji.

Antara sebab mengapa kebakaran gereja Notre Dame mendapat liputan yang begitu banyak, sehingga mengundang beberapa orang billionaire Perancis menyumbangkan wang yang begitu besar untuk memulihkannya adalah kerana ia dianggap simbol Eropah yang penting.

Image result for notre dame
Kebakaran gereja Notre Dame

Notre Dame melambangkan sejarah Eropah secara umum dan Paris secara khusus, pengaruhnya, serta simbolik kekuatan agama dan budaya Kristian Katolik.

Dengan terbakarnya bangunan ikon tersebut, secara tidak langsung ini memberi kesan kepada izzah atau kebanggaan budaya dan sejarah orang Paris dan Eropah.

Namun, menurut Diana Darke, pengkaji dan wartawan dari BBC, bangunan warisan Notre Dame yang dibangga – banggakan orang Eropah itu hakikatnya tidaklah ‘seEropah’ mana.

Apa yang kita panggil sekarang sebagai gerbang Gothic, yang banyak diguna pakai di Notre Dame dan gereja – gereja terkemuka Eropah, sebenarnya adalah reka bentuk arkitek yang pertama kali dijumpai di Masjid Ibn Tulun di Kaherah.

Apabila penjajah Frankish melihat reka bentuk ini pada abad ke 12, mereka membawa balik idea tersebut ke Eropah.

Dengan kemajuan pengetahuan geometri dan hukum statik, Muslim mengembangkan reka bentuk ladam kuda dan gerbang tajam untuk memberi lebih ketinggian kepada gerbang klasik.

 The Ibn Tulun Mosque in old Cairo, which was constructed in 897A.D, is one the oldest and largest mosques in the world July, 2012 (Reuters)
Masjid Ibn Tulun di Kaherah Lama, yang dbina pada 897 Masihi, adalah salah satu masjid yang tertua dan terbesar di dunia.

Setelah reka bentuk ini diguna pakai oleh dua gereja yang paling berpengaruh di Eropah, lantaran kekuatannya yang mengatasi gerbang bulat Roman dan Norman, fesyen ini kemudian berkembang cepat ke tempat – tempat lain.

Antara kelebihan lain reka bentuk gerbang ini adalah ia membolehkan pembinaan bangunan yang lebih besar, agung dan kompleks seperti yang dipamerkan oleh gereja – gereja megah lain di Eropah.

Beberapa pinjaman lain reka bentuk Muslim, yang juga ditemui di Notre Dame, adalah kekubah bercorak timbul (yang dikesan penggunaannya di Istana Abbasiyah abad ke 8), tingkap yang dinaikkan (pertama kali ditemui di Istana Umayyah) dan puncak menara (puncak menara yang pertama kali ditemui adalah di Masjid Umayyah di Damsyik pada abad ke 8).

Di England, puncak menara yang pertama kali dibina adalah di puncak Gereja St Paul pada tahun 1221. Ia dimusnahkan dalam pembakaran London 1666 dan kemudian dibina semula pada 1710 oleh Christopher Wren, seorang peminat reka bentuk arkitek Islam, yang belajar dan mengkaji masjid – masjid Moor dan Uthmaniyah.

Hal ini menunjukkan hakikatnya bangunan ikonik Paris dan Eropah itu memiliki akar sejarah daripada Muslim, walaupun negara tersebut beberapa ratus tahun kemudian menindas dan mengamal Islamofobia kepada penganut agama tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close