isu semasa

Perobohan Masjid di China Langsung Tidak Dapat Perhatian.

Ketika seluruh dunia meratapi kebakaran Notre Dame di Paris, kerja – kerja merobohkan masjid di China hanya dipandang sepi.

Masjid Keriya di Selatan Xinjiang pada asalnya dibina pada tahun 1237, iaitu hampir 800 tahun dahulu. Ia kemudian menjalani proses renovasi pada tahun 80 – an dan 90 – an, dan pada tahun 2016 foto masjid tersebut begitu indah dengan dikelilingi ribuan Muslim beribadat. Pada akhir 2017, ia disenaraikan sebagai suatu warisan pembinaan China.

Gambar masjid Keriya Aitika pada tahun 2012

Namun pada hari ini, imej satelit menunjukkan tiada apa lagi yang tinggal di tapak masjid tersebut, melainkan padang yang kosong.

Masjid ini adalah salah satu contoh antara ratusan ratusan lagi masjid lain di China yang dimusnahkan oleh ‘negara bulldozer’ tersebut, dalam usaha gigih mereka menghapuskan amalan agama.

RFA Uyghur melaporkan pada tahun 2017 saja, hampir 5000 masjid diruntuhkan oleh pihak berkuasa China. Seorang wartawan yang melawat bahagian Timur Kumul pada tahun 2017 mendapati hampir 200 daripada 800 masjid di kawasan berkenaan telah pun dimusnahkan, sementara 500 lagi bakal diruntuhkan tahun yang mendatang.

Polisi kerajaan juga menghendaki masjid – masjid untuk mengibarkan bendera China di puncak bangunan, dan sebarang simbol agama perlulah dibuang. Masjid – masjid yang tinggal dikawal rapi dengan pengawasan kamera untuk merekodkan sebarang aktiviti keagamaan.

Peruntuhan masjid – masjid hanyalah sebahagian daripada penindasan yang dihadapi Muslim di China di bawah pentadbiran Xi Jinping, dalam agenda beliau untuk men’cina’kan agama dan etnik minoriti.

Sumber: One Path Network

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close