LGBT

Kumpulan Peguam Sangkal Kenyataan Pejuang LGBT Numan Afifi, Desak Permohonan Maaf

Baru – baru ini Numan Afifi, seorang aktivis hak golongan gay telah disiasat polis atas ucapannya di United Nations Human Rights Council (UNHCR) Universal Periodical Review di Geneva, Switzerland.

Ucapan tersebut boleh ditonton di sini:

Ucapan Numan Afifi Pertahan LGBT di UN

Ucapan Numan Afifi Pertahan LGBT di UN

Posted by Fakir Ilmu on Wednesday, 17 April 2019

Dalam ucapan tersebut, Numan Afifi menyatakan bahawa kerajaan telah mendanai ‘program keganasan’ ke atas golongan LGBT seperti Mukhayyam yang dilaksanakan oleh JAKIM, serta membantah program terapi pemulihan untuk pengamal seks songsang.

Numan juga menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap bantahan masyarakat umum kepada penglibatan kumpulan LGBTQ dalam perarakan Women’s March bulan Mac lepas.

Beliau menyelar media yang terlampau mensensasikan dan menjenayahkan perarakan LGBT tersebut, malah turut membantah menteri yang tegas dan pantas memberi respon menyatakan ketidakwajaran perhimpunan tersebut.

Kumpulan Peguam MACSA (Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the UPR Process) kemudian menyangkal tuduhan – tuduhan yang dilemparkan Numan dan meminta beliau meminta maaf.

Media Statement | 17 April 2019_________________________________Numan must apologise, retract baseless claim on state…

Posted by MACSA on Tuesday, 16 April 2019

“Terdapat beberapa perkara yang dinyatakan Numan dalam ucapannya yang sememangnya salah, tidak wajar dan mengelirukan untuk UNHRC. Kenyataan – kenyataan tersebut dikecam sekerasnya, dan kami membantah Numan atas sebab itu. Antara kenyataan beliau yang dikecam adalah tuduhannya bahawa program Mukhayyam oleh JAKIM sebagai satu keganasan yang didanai kerajaan dan sebagai satu terapi pemulihan terhadap golongan LGBT. Ia adalah jauh daripada kebenaran. Perlu ditegaskan di sini juga bahawa dalam mengetengahkan tuduhan – tuduhan ini, Numan tidak membawa sebarang bukti kukuh untuk mempertahankan klaimnya yang tidak berasas”

MACSA kemudian menjelaskan bahawa pelbagai pihak, termasuklah pengerusi civil society LGBT tempatan juga telah membantah kenyataan Numan bahawa program Mukhayyam membahayakan peserta LGBT.

“JAKIM dan majlis agama negeri telah bekerjasama dengan Menteri Kesihatan untuk menangani peningkatan jangkitan AIDS / HIV dalam kalangan golongan transgender dan pengamal hubungan sejenis lelaki sama lelaki. Penyertaan dalam program Mukhayyam juga adalah sepenuhnya suka rela tanpa sebarang paksaan dan jauh daripada dakwaan terapi pemulihan yang dijalankan negara lain yang melibatkan elemen pemaksaan”

MACSA turut membangkitkan Artikel 3(1) dalam perlembagaan yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan, dan tiada polisi atau undang – undang boleh dibenarkan sekiranya ia mencanggahi kedudukan Islam.

Numan Afifi digesa untuk meminta maaf kepada semua peserta Mukhayyam, begitu juga kepada semua rakyat Malaysia atas kenyataan beliau yang terpesong daripada kebenaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close