feminismeisu semasa

Dakyah Terbuka Seru Muslimah Melayu Tanggalkan Hijab, Normalisasi Murtad dan LG*T

Sebuah program kontroversi telah mengundang kritikan wargamaya di media sosial apabila menampilkan topik yang mencabar sensitiviti masyarakat, di samping mengetengahkan individu – individu pembawa ideologi songsang.

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Program anjuran Gerak Budaya tersebut telah melancarkan buku tulisan individu feminis kontroversi Maryam Lee, diikuti oleh forum ‘Wanita Melayu dan Membuka Hijab’.

Maryam Lee ini sebelum ini pernah menimbulkan beberapa kontroversi seperti menyerang program ilmiah berkaitan feminisme di Universiti, dan sengaja memakai pakaian seksi di masjid sehinggal dihalau dan dikecam rakyat Malaysia.

Baru – baru ini, Maryam yang menjulang feminisme pernah membantah Perdana Menteri New Zealand yang memakai tudung kerana menurutnya, ia akan meningkatkan gangguan terhadap wanita Malaysia yang tidak bertudung.

Lebih mengejutkan, program tersebut turut mengetengahkan seorang yang ditulis bionya sebagai pejuang / penyokong normalisasi mereka yang menanggal tudung, bekas Muslim (murtad), dan komuniti LGBT.

Dalam program tersebut, diceritakan proses dan evolusi ahli – ahli forum membuka tudung kepada orang ramai secara terbuka.

Agenda seperti ini dianggap sebagai advocator kepada kemungkaran oleh Dr Ahmad Sanusi:


“Persoalannya, apakah pendirian kita terhadap Muslim yang menjadi advocator kepada kemungkaran? Apakah pendirian al-Quran dalam perkara ini?

Pada hakikatnya, mencegah kemungkaran adalah sesuatu yang dituntut dalam agama. Apabila seseorang itu memberikan nasihat kepada kemungkaran, adalah jelas tindakan mereka bercanggah dengan al-Quran. Dalam al-Quran, Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-Maidah: 79.

Bahkan dalam al-Quran, Allah menegaskan bahawa mereka yang menasihatkan kepada kemungkaran ini disifatkan sebagai golongan munafiq. Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, sebahagiannya adalah sama dengan sebahagian yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang mungkar, dan melarang dari perbuatan yang baik. Surah al-Taubah:67.

Rasulullah turut mengingatkan bahawa mereka yang tidak mencegah kemungkaran sedangkan dia mampu, maka akan dibimbangi akan ditimpa azab dari Allah. Sabda Rasulullah:

((ما من قومٍ يُعْمَل فيهم المعاصي، ثم يقدرون على أن يغيِّروا ثم لايغيروا؛ إلا ويوشك الله أن يعمَّهم بعقابٍ))

“Tiada satu kaum yang melakukan maksiat, sedangkan ada dikalangan mereka yang mampu mencegahnya, melainkan akan dibimbangi keseluruhan mereka akan ditimpa azab ke atas kesemuanya” (HR Abu Daud)

Amat menghairankan bagaimana golongan Liberal ini mendidik masyarakat kepada kemungkaran sedangkan Allah dan Rasul telah banyak memberikan panduan dalam perkara mencegah dan menjauhi kemungkaran.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close