isu semasa

Wargamaya Bantah Campur Tangan Hindu Sangam dalam Program Zakir Naik

Hindu Sangam beberapa hari lepas telah menyerahkan memorandum untuk ‘memprotes jemputan terhadap pelajar Hindu’ di program Zakir Naik yang akan berlangsung pada 18 April di UUM.

Hindu Sangam menyerahkan memorandum bersama wakil Universiti Utara Malaysia

Dalam memorandum tersebut, Datuk Mohan Shan, Presiden Malaysia Hindu Sangam menyatakan

“Kami, sebagai badan kebangsaan untuk Hindu, di sini menyatakan ketidakpuasan hati dan protes terhadap jemputan yang ditujukan kepada ‘bukan Islam’, yang bermakna ia juga turut disasarkan kepada pelajar Hindu di UUM. Kami berpendapat ucapan Zakir Naik adalah satu usaha untuk menggalakkan pelajar Hindu memeluk agama Islam, di samping menyakiti sentimen keagamaan kami. Ini kami percaya ini adalah satu ancaman yang serius kepada keharmonian dan keamanan negara”

Bantahan juga turut dinyatakan berkenaan label ‘bukan Islam’ yang menyakiti hati penganut agama – agama lain.

Campur tangan Hindu Sangam terhadap program Zakir Naik ini bagaimanapun dikritik warga maya yang rata – rata mengatakan mereka tiada hak melarang suatu yang bersifat jemputan umum.

Pengguna media sosial jelas menegaskan perkataan yang diguna pakai adalah ‘jemputan’ .

Begitu juga, seorang pengguna menegaskan bahawa perlembagaan jelas menyatakan keharusan menerangkan Islam kepada sesiapa

Hak kebebasan bersuara juga turut dibangkitkan.

Rata – rata membangkitkan bahawa pencarian mencari kebenaran tidak patut dihalang.

Bagaimanapun, hal yang turut menjadi kegusaran adalah bagaimana suatu jemputan untuk menghadiri majlis ilmiah secara baik, tanpa paksaan, terbuka kepada semua, dianggap pula sebagai satu ‘ancaman serius kepada keamanan negara’.

Bukankah prinsip keharmonian yang ingin dicapai adalah menerusi lebih banyak dialog dan pertemuan serta diskusi sesama agama, maka mengapa dihalang?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close