isu semasa

Diugut Bunuh Kerana ‘Baca Kitab Hindu Tanpa Sijil’

Pendakwah Firdaus Wong Wai Hung menerima ugutan bunuh daripada ekstrimis Hindu kerana dituduh ‘membaca dan menggunakan kitab Hindu tanpa sijil’.

Image may contain: text

Rentetan Daripada Serbuan di Pejabat

Serangan ekstrimis Hindu terhadap pemilikan kitab Hindu oleh kumpulan kajian Firdaus Wong berlaku sejak beberapa bulan lepas.

Selaku salah seorang pemuka perbandingan agama di Malaysia, yang juga merupakan anak murid Zakir Naik, Firdaus Wong dan pasukannya memiliki koleksi kitab – kitab agama yang pelbagai, termasuklah kitab – kitab Veda Hindu.

Kitab – kitab rujukan Hindu yang digunakan pasukan kajian MRM

Sudah pasti, koleksi ini diperoleh secara sah, melalui pembelian di toko – toko buku.

Namun nampaknya koleksi ini tidak direstui oleh seorang ekstrimis Hindu ‘AK Sufi’ yang memberi amaran kepada beliau untuk memulangkan kitab – kitab Veda yang dimiliki, serta turut ‘menyerang’ persatuan Hindu Sanggam sebagai pihak yang memberi memberi pengesahan kitab – kitab Veda yang digunakan Firdaus.

Menurut Arun (AK Sufi), kitab – kitab yang Veda yang digunakan dan disahkan oleh Hindu Sanggam disalah terjemah dan dia malah mengatakan mahu mengajar ‘ajaran Hindu yang sebenar’.

Bantahan terhadap koleksi kitab Hindu tersebut dibuat setelah serbuan beliau di pejabat MRM yang pernah tular beberapa bulan lepas.

Pengesahan Kitab Daripada Toko Buku Indonesia

Semalam, sepemergian pasukan Firdaus Wong ke Indonesia, beliau telah mewawancara seorang penerbit dan pengedar kitab agama Hindu.

Menurut Firdaus, Cik Komang Gita itu terkejut apabila disampaikan kepada beliau ada pihak di Malaysia yang menuduh kononnya kitab Hindu terjemahan Bahasa Indonesia yang dijual mereka adalah tidak asli dan menipu.

Menurut Komang Gita, kebenaran untuk mencetak buku – buku itu sebenarnya secara langsung mendapat kebenaran pendeta yang menulisnya.

[Wawancara Versi Penuh]“Sudah pasti dia belum lagi mendalami agama kita. Kalau ada tuduhan-tuduhan kata kita membuat-buat kitab kita sendiri, itu udah tentu salah.”.Itu adalah jawapan Komang Gita apabila saya meminta komen beliau kononnya ada pihak menuduh kitab Hindu terjemahan Bahasa Indonesia yang kami beli di Indonesia bukannya kitab asli dan cuma satu penipuan. .Barangkali pihak yang menuduh itu sendiri pun tidak memiliki atau membacanya. Mungkin sahaja pak. Sebagaimana seseorang yang bukan pakar sejarah boleh memiliki dan membaca kitab sejarah, begitu juga tidak salah seseorang yang belum lagi Muslim memiliki dan membaca kitab agama Islam selagimana ianya adalah sahih. .#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #cinamuslim #islamhinduism #firdauswongjakarta #indonesia #hinduindonesia

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Friday, 12 April 2019

Ini benar – benar dari ajaran agama Hindu, bukan dikarang daripada fikiran kita sendiri. Orang yang menghukum kata ini bukan, ternyata itu salah dan mungkin dia tidak tahu ajaran – ajaran Hindu.

Komang Gita

Ugutan Bunuh

Setelah video temu ramah tersebut dimuat naik, ekstrimis Hindu kemudian membalas dengan ugutan bunuh.

Arunakiri Nathan, setelah sebelum ini mengatakan bahawa kitab – kitab yang digunakan Firdaus Wong adalah tersalah jemah, kemudian menukar sebab penentangan beliau bukan kerana kitab – kitab tersebut palsu, tapi digunakan tanpa kebenaran.

Image may contain: text

“Dia (Firdaus) memutar belit cerita bahawa kitab – kitab tersebut palsu, cerita sebenar adalah dia tak pernah dapat kebenaran, tiada sijil Hindu, dan memetik ayat – ayat Hindu sesuka hati untuk menipu terhadap agama Hindu”

Arun

Beliau juga mengatakan haram untuk Firdaus untuk menyentuh kitab – kitab Hindu kerana niatnya jahat.

Image may contain: 2 people

Tuduhan yang mengatakan ayat – ayat Hindu tersebut diputar belit oleh Firdaus, yang merupakan anak murid Zakir Naik bagaimanapun dianggap tidak berasas.

Hal ini kerana ayat – ayat kitab Veda yang digunakan oleh Zakir Naik untuk membuktikan bahawa kepercayaan Hindu adalah mengimani Tuhan yang esa hakikatnya juga turut disahkan oleh pendeta Hindu Dr Bala, yang dahulunya terlibat dalam Hindu Sangam.

Maka adakah golongan seperti Arun membantah pendeta dan sarjana mereka sendiri?

Laporan Polis

Firdaus Wong kemudian menyatakan bahawa beliau akan membuat laporan polis terhadap sentimen melampau ekstrimis Hindu tersebut yang mengugut membunuh beliau.

“Kami mengambil pendekatan mengkaji semua agama dan fahaman dari sumbernya untuk berlaku adil. Dulu, mereka fitnah kami kononnya kami terjemah kitab mereka, tetapi bila dah terbukti yang menterjemahkan kitab adalah sarjana mereka, mereka putar belit lagi kata kami tak boleh beli.

“Yang menjualnya pula adalah pendeta Hindu sendiri. Kami bukan sahaja mengkaji Hindu tetapi Kristian, Buddha, Islam, Sikhism, Taoism, Confucianism dan banyak lagi dan jikalau ada kesalahan, buat laporan polis atau saman kami sahaja.

“Tetapi ini tidak. Mereka mengugut bunuh. Saya masih berada di Jakarta dan InshaAllah saya akan terus membuat laporan polis apabila sampai ke Malaysia. Kelompok ekstremis ini sangat merbahaya untuk negara,” katanya.

Katanya, MRM menulis secara akademik tetapi dibalas dengan ugutan bunuh.

Sehubungan itu, beliau juga meminta umat Islam lain turut membantu membuat laporan polis dan tidak sesekali mengambil tindakan yang bertentangan dengan ajaran Islam dan undang-undang negara.

Firdaus Wong berkata, laporan polis perlu dilakukan supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan terhadap kelompok ekstremis itu.

“Biarkan sahaja pihak polis menyiasat individu yang sering memprovokasi dengan fitnah murahan dan juga individu yang membuat ugutan bunuh terhadap saya. Kita fokus dan teruskan dakwah kita”

Firdaus Wong

Related Articles

One Comment

  1. “Tuduhan yang mengatakan ayat – ayat Hindu tersebut diputar belit oleh Firdaus, yang merupakan anak murid Zakir Naik bagaimanapun dianggap tidak berasas.”
    Tidak berasas? Janganlah taqiyah. Dosa dosa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close