Lebih 100 Orang Penduduk Masai di Tanzania Bersorak Gembira Setelah Memeluk Islam.
Lebih 100 orang penduduk kampung Maasai di Tanzania, Afrika memeluk Islam hasil usaha dakwah pasukan IERA di sana.
Setelah mengucapkan shahadah, penduduk kampung tersebut bersorak sambil melompat, sebagai tanda tradisi mereka, dengan diikuti oleh ucapan Syeikh Adnan Rashid dan Sheikh Ibrahim.
Kaum Maasai tinggal di kawasan yang begitu terpencil di Tanzania. Pasukan dakwah terpaksa memandu sejauh 5 jam daripada lapangan terbang Kilimanjaro, dan kemudian berhadapan pula dengan pelbagai hidupan liar.
Setelah mendengar mengenai mesej Islam, penduduk Maasai merasakan Islam begitu hampir dengan tradisi mereka dan menganggapnya sebagai agama yang terbaik untuk mereka. Ketua kampung beserta pengikut beliau juga turut menerima agama fitrah ini.
Orang Maasai merupakan kaum yang terkenal dengan budaya kepahlawanan mereka. Setelah memeluk Islam, mereka memberikan pula hadiah kepada pasukan pendakwah.
Semoga Allah memperkukuhkan keimanan saudara – saudara baru kita serta memberi ganjaran kepada pasukan pendakwah.