Kristian

Mengapa Kristian Kecam Hukum Rejam? Sedangkan Bible Kitab Terbanyak Suruhan Rejam.

Dalam isu penegakan hukuman syariah di Brunei baru – baru ini, terdapat fenomena yang cukup menghairankan berlaku iaitu apabila golongan Kristian lah yang begitu gencar mengecam dan memperlekeh hukuman tersebut.

Termasuk dalam senarai pihak yang paling lantang menentang undang – undang tersebut adalah Ellen Degeneres, yang berlatarbelakangkan agama Kristian, termasuklah tokoh Kristian anti – Islam David Wood.

Page Pro – Kristian yang mengecam hukuman rejam Brunei

Sedangkan di dalam kitab suci agama Kristian terlalu banyak ayat tentang hukuman rejam. Antaranya adalah rejam sehingga mati ke atas penzina perempuan dan lelaki. Disebut di dalam perjanjian lama dan baru:

“Tetapi jika tuduhan itu benar dan tidak didapati tanda-tanda keperawanan pada si gadis, maka haruslah si gadis dibawa ke luar ke depan pintu rumah ayahnya, dan orang-orang sekotanya haruslah melempari dia dengan batu, sehingga mati– sebab dia telah menodai orang kita dengan bersundal di rumah ayahnya. Demikianlah harus kau hapuskan kejahatan itu dari tengah-tengahmu. (Ulangan 22: 20-21)

“Jika seorang lelaki tertangkap basah ketika bersetubuh dengan isteri orang lain, kedua-dua mereka mesti di hukum mati. Dengan demikian kamu akan membasmi kejahatan itu.” (Ulangan 22: 22)

“Apabila ada seorang gadis yang masih perawan dan yang sudah bertunangan-jika seorang lelaki bertemu dengan dia di kota dan tidur dengan dia, maka haruslah mereka keduanya dibawa ke luar ke pintu gerbang kota dan kamu rejam sehingga mati. Gadis itu mesti dihukum mati kerana dia tidak berteriak minta pertolongan walaupun dia berada di dalam kota, dan suaranya mudah didengar orang. Lelaki itu juga mesti dihukum mati kerana dia bersetubuh dengan seorang gadis yang sudah bertunang. Dengan demikian kamu membasmi kejahatan itu.” (Ulangan 22: 23-24)

“Bila seorang lelaki berzina dengan isteri orang lain, yakni berzina dengan isteri sesamanya manusia, pastilah keduanya dihukum mati, baik lelaki ataupun perempuan yang berzina itu.” (Imamat 20: 10)

“Maka ahli-ahli Taurat dan orang-orang Farisi membawa kepadanya seorang perempuan yang didapati telah berzina. Mereka menempatkan perempuan itu di tengah-tengah lalu berkata kepada Jesus:

“Guru, perempuan ini tertangkap basah ketika ia sedang berzina. Musa dalam hukum Taurat memerintahkan kita untuk merejam perempuan-perempuan yang demikian. Apakah pendapatmu tentang hal itu?”

Mereka mengatakan hal itu untuk menguji dia, supaya mereka memperoleh sesuatu untuk menyalahkannya. Tetapi Jesus membungkuk lalu menulis dengan jarinya di tanah. Dan ketika mereka terus-menerus bertanya kepadanya, Ia pun bangkit berdiri lalu berkata kepada mereka: “Barangsiapa di antara kamu tidak berdosa, hendaklah ia yang pertama melemparkan batu kepada perempuan itu.” (Yohanes 8: 3-7)

Jika kita melihat ajaran Bible tentang masalah ini ia dilihat konsisten dengan menetapkan hukuman rejam sehingga mati ke atas penzina. Sepatutnya hukuman ini perlu diperjuangkan di negara-negara yang dominan Kristian kerana itu telah jelas di dalam tuntutan kitab suci agama mereka.

Related Articles

2 Comments

  1. Kepada penulis. Kenapa tak habiskan ayat terakhir Jesus tersebut? Kenapa sebut sampai di sana sahaja? Sengaja nak burukkan agama kristian ke.. jum la berdebat.

  2. Admin seorang yang beragama islam bukan.. Berhentilah mengutarakan persepsi yang mengenai agama kristian kerana apa yang admin utarakan akan menyebabkan kami tertawa.
    Kerana saya juga pernah membaca dan memiliki sumber islam seperti alquran, hadith dan sirat rasul mengenai muhammad dan jujur saya katakan yang agama islam itu bukanlah dari sumber yang sama (agama samawi) seperti yahudi/kristian. Justeru pendebatan yang terjadi tidak akan menemui titik hujungnya. Dengan erti kata lain saya beranggapan yang agama islam termasuk didalam agama dunia lainnya seperti buddha dan hindu yang mempunyai amalan dan etika agama yg tersendiri. Akhir kata dari saya, menganut sesebuah agama tidak menjadi kesalahan asalkan mengganggu norma2 kesejahteraan kemanusiaan sejagat..salam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close