isu semasa

Senator Anning Dihentam Hebat di Parlimen Australia

“@senatoranning is a disgrace!”

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Thursday, 4 April 2019

Anda adalah satu kehinaan. Jangan senyum pada saya, jangan senyum pada kami semua. Ramai orang hilang nyawa mereka, dan anda sangka ia satu jenaka. Dia tiada hak berada di tempat ini dan melemparkan kata – kata kebencian, perkauman, menyokong keganasan dan pembunuhan!

Parlimen Australia telah bersepakat mengecam ahli politik Fraser Anning yang sebelum ini mengungkapkan kenyataan jijik menyalahkan mangsa dalam serangan keganasan di New Zealand.

Fraser Anning, yang mengundang kutukan antarabangsa kerana mengaitkan kejadian serangan pada 15 Mac lalu di dua buah masjid dengan imigresen, enggan meminta maaf.

Fraser malah mengatakan kecaman terhadapnya adalah pelanggaran kebebasan bersuara.

Ahli politik daripada parti besar dan kecil negara itu sebulat suara mengutuk Senator Queensland yang menjadi kontroversi itu ketika pungutan suara di Dewan Parlimen.

“Kenyataan Senator Anning sangat hodoh dan memecah-belah. Ia berbahaya dan tidak diterima sesiapa saja, apatah lagi anggota tempat ini,” kata ketua kerajaan Liberal Konservatif Kebangsaan Senat, Mathias Cormann.

Ketua pembangkang, Parti Buruh Penny Wong berkata, kutukan itu adalah langkah untuk membuktikan pendirian terhadap kebencian dan ideologi pelampau.

“Kita perlu menafikan mereka yang berusaha menyebarkan sikap tanpa toleransi dan kebencian kerana ia akan menjejaskan nilai demokrasi kita.

“Terdapat perbezaan antara kebebasan bersuara dan ucapan kebencian. Pertama sekali adalah ciri demokrasi kita; terakhir adalah serangan terhadap demokrasi kita,” katanya.

Anning dipilih pada 2017 secara kebetulan oleh sistem pengundian berkadar Australia, menerima hanya 19 undi pilihan. Beliau dijangka tidak akan dipilih semula dalam pengundian Australia bulan depan. – AFP

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close