LGBT

Pasangan Gay Mahukan Anak, Jadi Mereka Persenyawakan Mani dengan Kakak, Kemudian Dilahirkan Emak 61 Tahun.

Teknologi moden zaman ini telah mampu melakukan hal – hal yang melanggar amalan perancangan keluarga tradisional. Tanpa sebarang panduan agama yang sekarang semakin ditolak golongan sekularis dan liberalis, kita bakal melihat semakin banyak fenomena pelik yang melangkaui akal.

Pasangan gay di Nebraska ingin memiliki anak, tetapi memandangkan kedua – dua mereka adalah lelaki, mereka tidak dapat menggunakan cara semulajadi.

Maka salah seorang daripada mereka memberikan air mani (sperma) nya kepada ovum (egg) kakak seorang pasangan lagi untuk dipersenyawakan secara in vitro.

Pasangan tersebut kemudian mencari wanita untuk mengandungkan dan melahirkan anak tersebut, namun mereka bingung dengan proses yang rumit serta takut dipandang serong oleh masyarakat.

Maka siapa yang mampu membawa kandungan janin ini selama sembilan bulan, memandangkan kedua – dua pasangan adalah lelaki?

Dalam perkembangan yang lebih membingungkan, ibu kepada penderma sperma tersebut, seorang wanita tua 61 tahun, kemudian merelakan diri untuk mengandungkan anak tersebut dalam perutnya (surrogate mother).

Maka, wanita tersebut mengambil janin hasil persenyawaan anak lelakinya dengan kakak menantunya, dan kemudian melahirkan anak yang sebenarnya, merupakan cucunya sendiri (anak kepada anak lelakinya – kerana sperma itu miliknya).

DNA anak tersebut mungkin bukanlah miliknya, kerana wanita tersebut cuma mengandungkannya saja, tetapi dari segi agama beliau tidak lain dianggap sebagai ibu kepada anak tersebut, menurut Dr Yasir Qadhi.

“Siapa yang bakal memberi jawapan terhadap dilema etika dan persoalan membingungkan senario moral ini? Bagaimana kes – kes masa depan yang lebih menghairankan dan memeningkan akan dikendalikan?

Ini adalah soalan – soalan yang baru mula difikirkan oleh dunia moden.

Dan pada waktu – waktu beginilah kita menghargai nilai keimanan yang diajarkan oleh agama kepada penganutnya”

Yasir Qadhi

Sumber berita: nbcnews

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close