Syubhat

Menjawab Tuduhan Kelompok Hindu Islam Mengamalkan Sumbang Mahram (Incest)

Apabila kita berbicara tentang incest atau sumbang mahram di dalam konteks multiracial, ia perlu dibezakan mengikut kebudayaan dan penafsiran setempat. Jika dilihat di dalam konteks umat Islam, golongan yang akan diketegori sebagai incest jika dia berkahwin dengan ibubapa sendiri, nenek, ibu saudara, bapa saudara, serta individu yang tidak boleh berkahwin (mahram). Manakala sepupu pertama pula dibenarkan untuk berkahwin.

Di Barat pula seperti di US, sepupu petama adalah dilarang untuk mereka berkahwin. Terdapat undang-undang yang memperuntukkan hal tersebut. Di sisi mereka hal itu termasuk incest jika berkahwin. Sebab itu antara serangan barat terhadap Islam adalah mengatakan Islam mengamalkan incest disebabkan membenarkan perkahwinan sepupu pertama. Mereka mengunakan serangan itu dengan memakai kayu ukur fahaman mereka.

Di dalam website Hindu Today ada mengatakan Islam membenarkan incest disebabkan membenarkan perkahwinan sepupu pertama. Jika mereka ingin menuduh Islam mengamalkan incest di atas alasan membenarkan berkahwin dengan saudara dekat, tidakkah mereka sedang meludah ke langit kerana di dalam undang-undang atau adat Hindu membenarkan bapa saudara berkahwin dengan anak saudaranya?

Lihat di dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1976 di Malaysia, di bahagian Seksyen 11 mengatakan “adat Hindu membenarkan untuk seseorang itu berkahwin dengan anak perempuan kepada saudara perempuanya (anak saudara perempuan) atau dengan adik lelaki atau abang kepada ibunya (bapa saudara).”

Hal ini dibenarkan mengikut undang-undang mereka. Adakah ini tidak dikira incest pula?

Sebab itu perkara ini perlu diukur dari kaca mata perspektif agama dan adat budaya setempat. Di Korea Selatan umpamanya, mereka melarang untuk seseorang itu berkahwin dengan saudara sehingga sepupu yang ketiga. Berkahwin dengan sepupu kedua pun dianggap sebagai sumbang mahram di dalam budaya mereka. Jika mahu diukur dari kaca mata mereka, jika seorang warga US berkahwin dengan sepupu ketiganya pun dari sudut masyarakat Korea ia dianggap sebagai sumbang mahram walaupun barat tidak menganggap ia sebagai incest.

Jika ada yang menuduh Islam membenarkan incest itu adalah dakwaan yang berniat jahat. Kerana di dalam Islam ada konsep mahram iaitu golongan yang tidak dibenarkan kahwin. Jadi, di mana Islam membenarkan incest! Jika mahu dibandingkan antara perkahwinan sepupu pertama dengan perkahwinan bapa saudara-anak saudara, yang mana lebih dekat untuk dikata sebagai incest? Hal itu dianggap incest di dalam Islam akan tetapi tidak di dalam pandangan mereka. Akan tetapi oleh kerana kami memahami isu ini perlu dinilai dari sudut agama dan kaca mata budaya, demikian itu di Malaysia terdapat peruntukan itu untuk mereka amalkan.

Ahmad Iqram Mohd Noor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close