Uncategorized

“Pengacara Muslim Tak Patut Tanya Apa Warna ‘Ong’, Seolah Menilik Nasib”, Firdaus Wong Tegur TV3.

Firdaus Wong menegur pengacara Wanita Hari Ini yang bertanya kepada tetamu jemputan Master Wong (pakar feng shui), “apakah warna yang ‘Ong’ pada tahun ini”

@tv3malaysia did it again! Pengacara beragama Islam dalam rancangan Wanita Hari Ini bertanya kepada Master Wong (pakar feng shui), apakah warna yang ‘ONG’ tahun ini?.What???? Apakah di dalam Islam ada warna-warna ‘ONG’? Andai ini program di 8TV atau rancangan yang dikendalikan Belum Muslim, saya masih faham tetapi pengacaranya semuanya adalah Muslim! Ini sebenarnya bukan kali pertama saya tertengok pengacara beragama Islam di stesen TV bertanya pasal nombor dan warna ‘ONG’ seolah-olah menilik nasib. .Saya secara peribadi sejak sebelum memeluk agama Islam pun tidak percaya kepada feng shui dan tukang tilik. Ada pepatah Cina menyebut, tukang tilik/tukang feng shui menipu kamu 8-10 tahun! Apatah lagi selepas memeluk Islam, Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam telah memberikan amaran jangan mendekati tukang ramal;.“Di antara kami ada yang mendatangi para tukang ramal”. Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkata, “Jangan datang tukang ramal tersebut.” (HR. Muslim no. 537)..Andai tetap juga mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak akan diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala;.“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim no. 2230).Andai mendatangi dan membenarkan apa yang disampaikan oleh tukang ramal, maka dia telah kufur (syirik kecil) terhadap apa yang dibawa oleh Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam;.“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia berarti telah kufur pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” (HR. Ahmad no. 9532. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan)..Sesiapa yang ada kenalan yang boleh sampaikan nasihat ini, silalah buat apa yang mampu bagi memperingati mereka. Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan sesuatu yang kita tiada ilmu tentangnya dan dijauhkan dari tukang ramal yang dikeji dalam Islam. Hanya Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja yang tahu apa yang ghaib;.“ Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ” (An Naml 27:65).#islam #muslim #dakwah #cinamuslim #chinesemuslim #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #tukangramalkarut

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Monday, 4 February 2019

Firdaus mengatakan pengacara Muslim di rancangan tersebut seolah – olah mahu menilik nasib.

What???? Apakah di dalam Islam ada warna-warna ‘ONG’? Andai ini program di 8TV atau rancangan yang dikendalikan Belum Muslim, saya masih faham tetapi pengacaranya semuanya adalah Muslim! Ini sebenarnya bukan kali pertama saya tertengok pengacara beragama Islam di stesen TV bertanya pasal nombor dan warna ‘ONG’ seolah-olah menilik nasib. 

Beliau kemudian menerangkan bahawa sebelum memeluk Islam pun, beliau tidak pernah mempercayai feng shui dan tukang tilik. Malah terdapat pepatah Cina yang menyebut “tukang tilik / tukang feng shui menipu kamu 8 – 10 tahun”.

Dari pandangan Islam, jelas Rasulullah telah memberikan amaran supaya tidak mendekati tukang ramal:

“Di antara kami ada yang mendatangi para tukang ramal”. Rasul -shallallahu ‘alaihi wa sallam- berkata, “Jangan datang tukang ramal tersebut.” (HR. Muslim no. 537).

Andai tetap juga mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak akan diterima oleh Allah Subhana Wa Ta’ala;

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim no. 2230)

Andai mendatangi dan membenarkan apa yang disampaikan oleh tukang ramal, maka dia telah kufur (syirik kecil) terhadap apa yang dibawa oleh Baginda Sallalahu Alaihi Wasalam;

“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia berarti telah kufur pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” (HR. Ahmad no. 9532. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan).

Firdaus Wong juga meminta agar nasihat ini disampaikan kepada pihak pengendali saluran TV terbabit.

Semoga kita semua dijauhkan dari melakukan sesuatu yang kita tiada ilmu tentangnya dan dijauhkan dari tukang ramal yang dikeji dalam Islam. Hanya Allah Subhana Wa Ta’ala sahaja yang tahu apa yang ghaib;

“ Katakanlah: “Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah. ” (An Naml 27:65)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close