feminisme

Feminis Maryam Lee Bantah Perdana Menteri New Zealand Berhijab kerana ‘Meningkatkan Penindasan kepada Orang Tidak Berhijab’

Ketika hampir seluruh dunia memuji Perdana Menteri New Zealand mengenakan hijab untuk menghormati mangsa Muslim yang dibunuh beramai – ramai di negara tersebut, terdapat sebilangan pihak yang membantah tindakan itu.

Image result for jacinda burj dubai
Wajah Jacinda ditayang di Burj Dubai sebagai tanda penghormatan negara Islam tersebut terhadap beliau.

Pihak yang membantah bukanlah daripada kalangan ateis atau supremasis kulit putih, tetapi daripada mereka yang menggelar diri mereka feminis atau ‘feminis Muslim’.

Maryam Lee, seorang yang melabel diri beliau ‘pejuang hak asasi wanita Muslimah’ dipetik pandangannya oleh Reuters sebagai wakil wanita Muslim yang ‘ditindas kerana enggan memakai tudung’.

Menurut Maryam Lee, melihat wanita bukan Islam memakai hijab adalah sangat ironi dan bertentangan dengan pengalaman mereka yang tidak langsung merasakan hijab memberi ‘kuasa politik’ kepada mereka.

Quoted yesterday in a Reuters article on why the move to wear the hijab in solidarity of Muslims in New Zealand is a…

Posted by Maryam Lee on Tuesday, 26 March 2019

“Pemakaian hijab sebagai tanda solidariti kepada Muslim di New Zealand adalah langkah yang bermasalah kepada wanita di negara majoriti Muslim.

Satu kesan tidak diingini daripada pilihan Jacinda untuk mengenakan hijab adalah meningkatnya gangguan terhadap wanita tidak berhijab di Malaysia”

Maryam Lee

Pandangan yang ‘aneh’ ini dikritik oleh peguam Lukman Sheriff yang mempertikai pemikiran ekstrim liberal di negara kita.

Beliau mengatakan liberal sengaja menyalahgunakan tragedi ini untuk menimbulkan pergeseran dalam kalangan masyarakat.

For the life of me I cannot believe Muslims here feel sick/ upset/ agitated to see this kind of compassion and empathy shown by non Muslims. Mereka agaknya bengang / marah /jaki/ loya melihat Jacinda berempati cam tu sekali sampai sanggup pakai scarf.


Dah lah tak pakai tudung lepas tu upset orang lain honour/ menghormati orang pakai tudung. Apa punya perangai ni? Tak boleh duduk diam sampai nak luah perasan kepada satu dunia mengutuk pemakaian tudung. Gunakan media islamofobik antarabangsa pula tu yang akan buat pembaca mereka yang benci islam rasa betul tentang prejudis mereka.


Orang2 seperti inilah Yang diangkat media english sebagai contoh umat islam yang patut diikuti. Buruk perangai sungguh. Despicable.


Kita mesti tentang naratif islamofobia yang menjadi2.

Maryam Lee ini sebelum ini pernah menimbulkan beberapa kontroversi seperti menyerang program ilmiah berkaitan feminisme di Universiti, dan sengaja memakai pakaian seksi di masjid sehinggal dihalau.

Related Articles

6 Comments

  1. Pls understand that there’s humanity issues here. People died, the country mourns.. pls be respectful..
    Remain quiet, if your words bring no calmness to the situation.

  2. Kenapa sampai begitu sekali bodohnya…ilmu yang ada tak pandai nak guna ke arah perkara yang betul…dermalah otak kepada orang yang lebih memerlukan…sia-sia ja jadi manusia kalau berotak tpi tak berakal…

  3. Allah yang mengerakkan hati manusia utk berhijab walaupun mereka belum Muslim. Tidakkah anda sedar dengan peringatan itu.

Leave a Reply to Saadah Masrukin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close