info Islam

Subhanallah. Dakwah di New Zealand Begitu Rancak. Ramai yang Peluk Islam.

Bertitik tolak daripada musibah besar yang melanda umat Islam di New Zealand, siapa sangka terdapat berita yang begitu menggembirakan?

Begitu ramai penduduk New Zealand yang memeluk Islam sedang aktiviti dakwah berjalan begitu gencar dalam skala yang tidak pernah dilihat di negara tersebut.

Maklumat ini diceritakan oleh John Fontain, seorang pendakwah antarabangsa yang kini sedang menjalankan usaha dakwah di New Zealand.

“Subhanallah, tempat ini begitu menakjubkan untuk dakwah. Saya tak pernah merasai sesuatu pun sepertinya. Orang – orang di sini begitu mesra dan menerima, mereka terbuka untuk mendengar tentang Islam, mereka mengambil bahan dakwah sehingga ia habis dengan begitu cepat.

Ini adalah masa yang sangat baik untuk dakwah. Dakwah adalah sesuatu yang baru di sini, ia masih belum banyak dilakukan. Mereka perlu bantuan latihan dan sokongan.

Namun dakwah di sini begitu berlainan. Orang di sini tidak takut dengan Islam. Anda tidak perlu memecahkan salah faham mereka terhadap dakwah, anda boleh saja terus menyampaikan asas – asas Islam kepada mereka secara langsung”

John Fontain juga menjelaskan beliau mampu berdakwah kepada gereja, ahli politik dan kepada sesiapa saja secara terbuka.

“Alhamdulillah, begitu ramai orang yang memeluk Islam. Seorang wanita memeluk Islam semalam. Seorang lagi begitu hampir, tetapi masih belum bersedia. Namun anak lelakinya memeluk Islam.

Subhanallah, polis juga datang belajar mengenai Islam. Saya beri mereka bahan dakwah dan mereka kata inilah masanya mereka pelajari tentang Islam. Begitu juga ahli parlimen!

Insya – Allah kami akan jemput lebih ramai organisasi untuk datang

Bro John yang juga merupakan seorang pendakwah mualaf yang menerima Islam 10 tahun lepas di England juga menggesa pendakwah lain untuk datang ke New Zealand sempena Ramadhan yang bakal mendatang.

Ramadhan bakal menjadi waktu yang begitu penting untuk dakwah di sini. Kami akan bawa semua non Muslim ke taman, masjid.

John Fontain juga melancarkan tabung derma untuk membantu dakwah di New Zealand. Sekiranya anda mahu menyumbang, boleh klik pada pautan di bawah:

https://www.gofundme.com/dawahnewzealand

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close