Ateis

“Ateisme Mencanggahi Metod Saintifik!”, Tegas Ahli Fizik Pemenang Templeton Prize

Marcelo Gleise, seorang professor fizik teoretikal, astronomi, dan natural philosophy dari Brazil baru – baru ini telah dianugerahkan Templeton Prize yang bernilai 1.5 juta dollar.

Anugerah tersebut diberikan lantaran sumbangan beliau yang begitu banyak dalam bidang sains serta usaha beliau membumikan dimensi rohani dan manusiawi dalam dunia akademik yang dikuasai pengaruh sekular.

Menariknya, beliau merupakan seorang saintis yang lantang bersuara menentang ateisme yang kini cuba memonopoli klaim terhadap sains seolah – olah sains adalah satu – satunya jalan memperoleh kebenaran mutlak, yang diceraikan pula daripada agama.

Dalam temu ramah bersama Scientific American, Gleise menegaskan bahawa ateisme hakikatnya bercanggah dengan metod saintifik.

“Apa itu ateisme? Ia adalah suatu kenyataan. Suatu kenyataan categorical yang menyatakan kepercayaan kepada ketidakpercayaan. “Saya tidak percaya walaupun saya tiada bukti untuk menyokong atau membantah, saya cuma tidak percaya”. Itu saja. Ia adalah suatu deklarasi. Tetapi dalam sains, kami tidak melayan deklarasi”

“Kami kata “Ok, anda ada hipotesis, anda perlu miliki suatu bukti untuk menyokong atau membantah”. Seorang agnostik akan katakan, lihat, saya tiada bukti untuk mana – mana Tuhan. Tetapi agnostik akan memperakui bahawa mereka tiada hak untuk menetapkan posisi akhir berkenaan sesuatu yang dia tidak ketahui. “Ketiadaan bukti bukanlah bukti ia tiada”.

“Posisi ini sama sekali bercanggahan dengan golongan ‘New Atheist’” ujar Gleise.

New Atheist adalah suatu gerakan ateis moden yang dianggap radikal dalam pendekatan mereka menceraikan sains dengan aspek agama dan rohani. Antara klaim mereka adalah seperti mengatakan agama membantutkan perkembangan manusia, sedang sains menerbangkan manusia ke bulan. Hal ini sungguh pun bercanggah dengan fakta sejarah bahawa agama seperti Islamlah yang bertanggungjawab memajukan sains pada zaman keemasannya.

Antara fahaman anutan New Atheists adalah scientism, iaitu menurut Gleise, merupakan andaian bahawa sains mampu menyelesaikan semua perkara.

Gleise menganjurkan saranan untuk lebih merendah diri bila mengendalikan sains, kerana ia miliki batasan yang perlu dihormati.

Beliau juga berasa sedih apabila terdapat saintis ateis seperti Stephen Hawking dan Lawrence Krauss yang mengatakan mereka telah menyelesaikan masalah permulaan alam semesta, atau teori dawai (string theory) sebagai ‘teori segalanya’.

“Kenyataan seperti itu salah … kita tidak boleh fikir bahawa kita tahu segala – galanya tentang alam semesta”

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close