Islamofobia

Mohd Thaqif Disahkan Meninggal Akibat Kencing Tikus. Adakah Media Memburukkan Tahfiz akan Memohon Maaf?

Adakah kita masih mengingat kisah pelajar Tahfiz Mohd Thaqif? Adik Mohd Thaqif dikejarkan ke hospital setelah dikatakan ‘didera’ oleh warden tahfiz yang merotan kakinya ketika sujud.

Kakinya kemudian bengkak, dijangkiti kuman dan kemudian terpaksa dipotong. Ketika ini negara sudah mula digemparkan dengan berita penderaan di sekolah tahfiz menerusi hantaran tular aktivis sosial.

Warden tersebut ditahan dan direman oleh polis. Status tahfz tersebut disiasat dan dipertikai. Pelbagai suara yang memukul rata salah urus sistem tahfiz dan sekolah agama swasta mula bergema di seluruh pelosok negara.

Image result for mohd thaqif warden
Warden direman

Pada 26 April 2017, Mohd Thaqif disahkan meninggal dunia.

Namun dua tahun setelah itu, iaitu pada hari ini, disahkan bahawa kematian Mohd Thaqif bukanlah akibat penderaan di sekolah Tahfiz tersebut, tetapi akibat kencing tikus setelah bermandi manda di kolam bersama sepupu.

Mahkamah Koroner di sini, hari ini memutuskan kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pada 26 April 2017 lalu disebabkan komplikasi kencing tikus dan tiada perbuatan jenayah

Bharian

Mahkamah juga memutuskan bahawa hukuman rotan yang diterima oleh Mohd Thaqif bukanlah penyebab kematiannya, kerana pelajar lain turut menerima hukuman yang sama.

Cepat Saja Menuduh Pusat Tahfiz

Antara sisi buruk di sebalik tragedi yang menimpa adik Mohd Thaqif adalah bagaimana ia disensasikan oleh mereka – mereka yang memiliki agenda.

Belum lagi dipastikan punca sebenar penyakit yang menimpa pelajar tahfiz tersebut, terus saja sebahagian pihak melompat untuk memburukkan institusi tahfiz dan sekolah agama swasta.

Tajuk berita yang diterbikan the malaysian insight.

Artikel yang diterbitkan di MalaysiaKini oleh Ariff Azuddin bertajuk ‘A system and culture of abuse‘ membangkitkan persepsi seolah – olah tahfiz secara umumnya dicemari amalan penderaan, budaya ‘menutup jenayah’ dan pencabulan.

Artikel memburukkan tahfiz selang sehari setelah kematian Thaqif.

Hari yang sama setelah pemergian adik Thaqif, PARENT Action Group for Education (PAGE) mendesak pemeriksaan penuh sekolah tahfiz dan meminta pelaksanaan sistem memantau institusi – institusi tersebut.

Portal says.com menanyakan soalan provokasi ‘bagaimana sekolah tersebut perlu dihukum kerana membenarkan penderaan teruk sebegitu berlaku di bawah bumbung’

Tuduhan portal says.com sebelum penyiasatan habis dijalankan

‘Aktivis sosial’ Syed Azmi, antara individu paling lantang dalam insiden ini pula menuntut agar polisi lebih ketat pendaftaran pusat tahfiz dikenakan. Sekali lagi, ini disuarakan sebelum habis pun penyiasatan kes.

Paling ekstrim bagaimanapun adalah saranan yang meminta agar semua pusat tahfiz persendirian ditutup dan diharamkan.

Koalisi Tahfiz meminta agar orang ramai tidak terlalu cepat menyalahkan sekolah dan institusi tahfiz dan menunggu keputusan penuh penyiasatan pihak polis, namun kenyataan ini diperlekeh kerana dianggap mahu menyelamatkan air muka mereka.

Pada 10 Julai 2017, penyiasatan medikal mendedahkan bahawa kematian Mohd Thaqif adalah akibat leptospirosis atau kencing tikus. Namun masyarakat umum masih tidak menerima laporan tersebut mungkin kerana sudah terlalu banyak mencerca pusat tahfiz.

Malah kemudian pusat tahfiz tersebut pula yang masih dipersalahkan kerana menjadi punca Mohd Thaqif dijangkiti penyakit tikus!

Image from The Malay Mail

Masalah Media Islamofobik Anti Islam di Malaysia

Pada waktu artikel ini ditulis, tiada liputan tular berkenaan pendedahan sebenar kes Mohd Thaqif, waima oleh ‘aktivis – aktivis sosial’ yang sebelum ini lantang menyuarakan sentimen anti Tahfiz.

Adakah akan timbul permohonan maaf oleh mereka? Mengapa tidak disuarakan lagi oleh media – media seperti sebelum ini? Adakah nyawa Mohd Thaqif tidak lagi bernilai untuk dibangkitkan apabila didedahkan ia bukan salah pihak Tahfiz?

Hal ini menimbulkan kegusaran terhadap orientasi Islamofobik media – media di Malaysia. Suatu berita hanyalah dianggap ‘newsworthy’ sekiranya boleh memburukkan Islam dan institusinya, walaupun berita tersebut tidak lain hanyalah fitnah dan serkap jarang melangkaui siasatan polis dan pakar.

Apabila tidak lagi boleh digunakan sebagai modal menyerang Islam, ia disenyapkan.

Bagaimana mungkin kita boleh mengecap keharmonian agama dan kaum di era Malaysia Baru sekiranya inilah pendekatan pengamal media Malaysia?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close