feminisme

Negara Bukan Majoriti Islam Paling Banyak Kadar Kes Mengandung Bawah Umur | Data Unicef Asia Tenggara

Data yang dikemukakan Unicef berkaitan kes mengandung bawah umur di Asia Tenggara mendedahkan bahawa penyumbang terbanyak statistik adalah daripada kalangan negara bukan majoriti Islam.

Lima negara paling tinggi kadar mengandung bawah umur adalah Lao PDR (94), Cambodia (57), Thailand (50), Indonesia (48), dan Filipina (47). Pengiraan adalah berdasarkan purata kes mengandung dalam kalangan 1000 remaja wanita berusia 15 – 19 tahun.

Jika dilihat dari sudut pengamalan agama negara – negara tersebut, agama utama di Lao PDR adalah Buddha, Cambodia Buddha, Thailand Buddha, Indonesia Islam, dan Filipina Kristian.

Jenis perkahwinan bawah umur di negara Asia Tenggara dibahagikan kepada beberapa jenis:

  • Perkahwinan yang diaturkan ibu bapa – menurut tradisi dan pengamalan budaya.
  • Perkahwinan pilihan sendiri oleh remaja.
  • Perkahwinan ‘terpaksa’ – iaitu apabila perkahwinan dilangsungkan untuk menangani stigma hubungan perzinaan yang mengakibatkan mengandung.

Terdapat juga kes perkahwinan bawah umur yang diakibatkan oleh pemerdagangan manusia, iaitu apabila anak perempuan dijual atau dipaksa kahwin akibat latar belakang keluarga yang retak atau miskin.

Kes penculikan dan pemerdagangan manusia di pasaran – pasaran gelap sering kali dikaitkan dengan negara China. Kebanyakan anak – anak kecil yang diperdagangkan ke China adalah daripada Asia Tenggara seperti Vietnam, Myanmar dan Laos.

Antara punca peningkatan kes perkahwinan dan mengandung bawah umur adalah akibat realiti kenaikan aktiviti seksual dalam kalangan kanak – kanak berusia 10 – 14 tahun – sebahagiannya membawa kepada kes mengandung yang tidak dirancang.

Kredit foto – Muyi Xiao (via Daily Mail)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close