Islamofobia

‘Perang Terhadap Bukan Melayu, Malaysia Jadi Negara Taliban’, Jangan Main Sentimen Perkauman!

Perubahan arus politik negara memperlihatkan pelbagai hal yang tidak dijangka – jangka dan mengejutkan.

Antaranya adalah persahabatan seteru – seteru lama yang telah lama bertelagah, pelunturan prinsip politik, sedang kawan pula menjadi lawan.

Bagaimanapun, di sebalik lumrah politik yang sentiasa berbolak balik, timbul kenyataan – kenyataan ekstrim yang melampau dan mampu mengancam keamanan dan persefahaman rakyat yang dikecapi selama ini.

Antaranya adalah apabila DAP senada dan tegas mengatakan persepakatan UMNO – PAS bakal ‘menjadikan Malaysia negara Taliban’.

Lebih ekstrim, adalah kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga dari DAP yang mengatakan penggabungan UMNO – PAS sebagai ‘mengisytihar perang’ kepada bukan Melayu.

Image result for guan eng perang

Kenyataan melampau berbau perkauman dan xenophobic ini dibidas oleh pendakwah bebas berbangsa Cina Firdaus Wong.

Perang Terhadap Bukan Melayu & Malaysia Akan Jadi Negara Taliban?

“Saya bukan ahli dan penyokong UMNO atau PAS dan mana-mana parti politik di Malaysia tetapi agama Islam mengajar saya untuk berlaku adil dalam menilai dan menghukum.

Pertama sekali apabila diumumkan UMNO & PAS akan bergabung, seorang mengeri mengatakan bahawa ianya seolah-olah melancarkan perang ke atas bukan Melayu di Malaysia dan disusuli pula tuduhan kononnya Malaysia akan jadi negara Taliban kalau gabungan dua parti itu menang. Sama ada mereka buta sejarah atau buat-buat tak tahu.

Di bawah kerajaan BN yang diterajui UMNO inilah patung berhala Murugan ketiga terbesar di dunia dibina di Batu Caves dengan kos RM2.5juta pada 2006, gereja terbesar di Asia Tenggara iaitu Calvary Church yang dibina pada kos RM200juta dibuka pada 2013 dan di bawah pentadbiran kerajaan PAS di Kelantan terletaknya patung berhala Buddha terbesar di dunia!

Taliban di Afghanistan meruntuh dan memusnahkan berhala tetapi UMNO & PAS yang dituduh akan menjadikan Malaysia negara Taliban pula membenarkannya. 

Amalan demokrasi kan adalah sesiapa boleh bergabung dengan sesiapa dan ada hak untuk mengundi siapa tetapi takkan parti lain tak boleh bergabung mengikut kesesuaian mereka? Nama parti Democratic Action Party kenalah demokratik tetapi jikalau orang bergabung pun tak suka dan bising maka saya cadangkan tukar nama kepada Dictactorship Akusajebetul Party.

Harap semua pihak bersikap matang dan jangan bermain sentimen perkauman untuk menang undi” – Firdaus Wong

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close