LGBT

Di Barat, Kristian Kagum Cara Muslim Melawan LGBT

Di UK, ketika mana agenda LGBT sudah meresap jauh ke dalam sistem pendidikan mereka, komuniti Kristian di ‘negara Kristian‘ tersebut dilihat berdiam diri tidak lagi mampu melawan.

Image result for rainbow flag uk university
Di Universiti UK, bendera yang dikibar paling tinggi adalah bendera pelangi.

Hal ini dilihat bertentangan dengan mesej Bible yang jelas mengharamkan perbuatan homoseksual seperti yang dicatat dalam Jude 1:7, 1 Corinthians 7:2, 1 Timothy 1:9-10, Romans 1:26-27, 1 Corinthians 6:9-10, dan Leviticus 20:13.

Apabila seorang laki-laki bersetubuh dengan laki-laki lain, mereka melakukan perbuatan yang keji dan hina, dan kedua-duanya harus dihukum mati. Mereka mati karena salah mereka sendiri.

Leviticus 20:13

Agenda terbaru LGBT di negara tersebut adalah sebuah program yang dipanggil ‘No outsiders‘, di mana pengamalan LGBT diindoktrinasikan secara begitu agresif kepada murid – murid sekolah rendah melalui buku – buku cerita seks lucah dan songsang yang dibacakan kepada murid – murid.

Agenda Pendidikan Seks Songsang di Sekolah – sekolah

Astaghfirullah al Azim, begitu menakutkan. Semoga anak – anak kita dijauhkan daripada pendidikan seks songsang ini yang semakin merebak bagai api memakan hutan.

Posted by Fakir Ilmu on Wednesday, 6 February 2019
Video yang mendedahkan bahan pendidikan seksual yang menakutkan kepada kanak – kanak

Program ini mendapat pendanaan yang begitu banyak malah dibangunkan sendiri oleh Andrew Moffat, seorang gay yang diberi anugerah berprestij MBE oleh Permaisuri England kerana pendekatan pendidikannya yang ‘meraikan kepelbagaian’.

Namun ketika golongan ‘lgbt militan’ ini mendapat pengiktirafan tertinggi, malah tidak mendapat tentangan masyarakat Kristian yang semakin meninggalkan gereja, terdapat komuniti minoriti yang masih ampuh dengan prinsip mereka dan berani melawan arus kuat agama baru anutan dunia ini.

Iaitu komuniti Muslim.

Ibu bapa Muslim keluarkan anak – anak dari sekolah yang mempromosi ajaran homoseks

Apabila mengetahui tentang agenda program ‘No outsider’ ini, komuniti Muslim lantang membantah pengajaran tersebut di sekolah anak – anak mereka.

Related image

Mereka kemudian mengeluarkan anak – anak mereka dari sekolah tersebut dan berdemonstrasi meminta agenda pengindoktrinasian ini dihentikan

Menariknya, rata – rata komen daripada bukan Islam bersetuju dengan tindakan ibu bapa Muslim tersebut dan berterima kasih kerana ada wakil yang berani menentangnya.

Pujian – pujian terhadap komuniti Muslim

Hasilnya, sekolah di Birmingham tersebut menghentikan pengajaran LGBT tersebut lantaran protes ibu bapa.

Seorang misionari Kristian malah mengatakan komuniti Kristian perlu mencontohi Muslim dan berganding bahu dengan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close