Kristian

Penangkapan Penghina Nabi, Laman Kristian Saran Hina Rasul secara ‘Halus’ dan ‘Fake Profile’.

Penangkapan beberapa orang rakyat Malaysia yang menghina dan memfitnah Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di media sosial rata – rata disambut baik kerana perbuatan mereka yang mengancam keharmonian agama, menyebabkan permusuhan dan meretakkan perpaduan.

Namun bagi laman FB Kristian ‘Answering Islam – Jesus Is God’, penangkapan individu – individu tersebut perlu dibalas dengan lebih banyak penghinaan terhadap Islam dan Rasul.

Tapi kali ini, mereka menyarankan agar penghinaan tersebut perlu dilapisi taktik berkias dan menggunakan profail palsu supaya tidak ditangkap.

“Berhati – hati bagi sesiapa yang tinggal di negara Islam, media sosial bersubahat dengan hukum Sharia. Jadilah halus dan jangan hina nabi secara terbuka. Gunakan profail alias dan jangan gunakan nama atau profail sebenar anda untuk menghina lelaki paling ideal dan suci dalam muka bumi. Polis telah menangkap pengguna Facebook keempat kerana kononnya memuat naik kata – kata nista”

Saranan ini nampaknya bertentangan dengan slogan yang selalu dilaung – laungkan Kristian iaitu ‘Love your Enemies’ seperti yang tercatat dalam Matthew 5:44.

Laman ini didapati mempunyai perkaitan dengan laman web yang dikenali begitu banyak memfitnah dan mencerca Islam, answering Islam.

Laman tersebut antara lain juga mengetengahkan pengendali Youtube anti – Islam ‘Apostate Prophet‘, seorang yang mengaku ‘ex – Muslim’ sedangkan tidak lain hanyalah merupakan pengikut gerakan Naqshabandi selama 4 tahun sebelum keluar, dan pernah menyertai gerakan pengganas di Turki, malah pernah diserbu FBI.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close