LGBT

Pedofil Mahu Dianggap Sebahagian Daripada Komuniti LGBT

LGBT atau nama panjangnya LGBTQQIAAP+ menyeru kepada penerimaan dan persamaan, serta ‘cinta sentiasa menang’.

Slogan ini kemudian dimanfaatkan oleh kumpulan pedofil yang mahu diterima oleh komuniti LGBT, di bawah jenama ‘Minor Attracted Persons’ (MAPs)

MAP dianggap sebagai ‘pedofilia lembut’, di mana mereka sekadar merasa ‘tertarik secara seksual’ dengan kanak – kanak, tapi mereka tidak berniat berhubungan dan menyentuh mereka, lapor web berita LGBT. Bagi MAP, rasa terangsang dengan kanak – kanak adalah ok dan tidak patut didiskriminasi.

Untuk diterima oleh masyarakat, golongan MAP ini mengguna pakai pendekatan gerakan LGBT+ seperti menghasilkan ‘Pride Flag’ sendiri.

Terma seperti pedosexual juga diperkenalkan untuk ditambah kepada terma LGBT, menjadi LGBTP. Pedosexual didefinisikan sebagai mereka yang mengamalkan pedosexuality, iaitu amalan seksual antara kanak – kanak dengan dewasa.


South Africa’s Film and Publication Board (FPB)  mengongsikan poster LGBTP

Gerakan menormalisasikan pedofilia ini mendapat sokongan di Tumblr mengatakan mereka sepatutnya diterima sebagai sebahagian daripada LGBT dan sepatutnya diberikan ruang selamat sebagai individu yang tertarik kepada kanak – kanak.

Seperti mana pendekatan gerakan LGBT yang menguarkan – uarkan pengumuman orientasi seksual mereka yang dipanggil ‘coming out of the closet’, golongan ‘pedofil tidak berbahaya’ ini juga mendedahkan orientasi seksual mereka di media sosial, seraya mengatakan mereka didiskriminasi oleh masyarakat dan berhak mendapat simpati.

Terdapat banyak balasan daripada komuniti LGBT yang mengatakan pedosexual ini tidak lain hanyalah suatu hoax ciptaan kumpulan anti LGBT untuk memburukkan gerakan mereka, dan hanya dicipta oleh laman sosial seperti tumblr dan ‘4chan’.

Namun hakikatnya gerakan pedosexual yang mahu menembusi label LGBT sebagai suatu orientasi seksual ini diketengahkan oleh pakar melalui media arus perdana Independent, BBC, malah pernah mendapat pembentangan khas TED.

Pembentangan sangat kontroversi TED yang mengatakan pedofilia adalah orientasi seksual yang perlu mendapat simpati. Video ini telah dipadam oleh TED setelah dikecam hebat sebagai ‘agenda normalisasi pedofilia’.

Beberapa petition khas menghalang gerakan pedofil, pedosexual dan MAPs dalam tumblr juga telah dibangkitkan malah dianggap serius.

Namun persoalan yang lebih besar adalah apa sebenarnya yang menghalang komuniti LGBT daripada tidak menerima mereka? Disebabkan fatwa agama sememangnya tidak diguna pakai, penghujahan liberal bagaimana yang mampu menyekat pedofil dan MAPs ini?

Sudah pasti jika merujuk kepada fakta saintifik, sekiranya haiwan yang berhubungan sejenis menjadi hujah homoseksualiti sebagai sesuatu yang ‘natural‘, ‘pedofil’ dalam alam sekitar sudah pasti lebih natural, kerana haiwan tidak mengamalkan langsung falsafah ‘bawah umur’. Itulah sebabnya sangat kerap kita lihat anak kucing yang mengandung.

Maka persoalannya cuma berapa lama lagi sebelum kita bakal mendengar terma ‘pedophobe’ dilontarkan? Jika golongan gay pernah menyaman kedai kek yang enggan memasak kek untuk perkahwinan mereka, berapa lama lagi sebelum kita bakal mendengar cerita penjaga tadika pedofil yang menyaman ibu bapa yang enggan menghantar anak – anak mereka ke tadika tersebut?

Ini adalah prospek masa depan yang serius, dan nampaknya falsafah LGBT bukan saja tidak mampu menyelesaikannya, tetapi menjadi punca berkembangnya gerakan ini.

Apakah komuniti LGBT & pejuang hak asasi manusia akan teguh di atas prinsip ‘kebebasan manusia’ dan ‘love wins all’ atau mereka akan mengubah prinsip mereka kerana tidak setuju dengan pergerakan pedophilia ini?

Jikalau begitu, apakah kayu ukur mereka dalam menentukan apa yang morally right dan morally wrong ataupun itu sekadar retorik semata-mata?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close