Islamofobia

Kajian Dedah Diskriminasi Panggilan Temu Duga Terhadap Muslimah Bertudung.

Kajian Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) mendapati wanita yang tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temu duga kerja, berbanding mereka yang memakai tudung.

Menerusi kajian bertajuk ‘Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan: Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjaya Permulaan Di Malaysia’, Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharuddin berkata pihaknya menghantar resume wanita Melayu bertudung dan tidak bertudung kepada 547 tawaran peluang pekerjaan.

Didapati pemakaian hijab atau tudung sememangnya jelas merupakan faktor dalam menentukan pengambilan temu duga.

“Dalam kes wanita, golongan paling didiskriminasi adalah wanita India atau wanita Melayu yang memakai tudung”

Menggunakan gambar dua graduan wanita yang memiliki kelayakan yang sama dalam dua penampilan – bertudung dan tidak bertudung, didapati wanita tidak bertudung mendapat kelebihan sebanyak 40% untuk dipanggil semula untuk panggilan temu duga.

Sebelum ini, kita dikejutkan dengan para Muslimah yang tidak dibenarkan untuk memakai tudung sekiranya mereka bekerja di Hotel tertentu. Malah ada dikalangan mereka yang tiada pilihan melainkan terpaksa menanggal tudung mereka ditempat kerja.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close