isu semasa

Tentera US Didedah Menyeludup Keluar 50 Tan Emas dari Syria. Adakah Ini Sebab US Masuk Campur di Situ?

Beberapa sumber laporan telah mendedahkan pemindahan 50 tan emas daripada kawasan yang dikuasai Daesh di Syria ke US. Untuk makluman, 50 tan mengikut harga semasa adalah bernilai USD2.091 Trillion (RM8.575 Trillion)

Maklumat yang diperoleh mengatakan bahawa pasukan tentera penjajah US di Syria telah mengadakan perjanjian dengan Daesh, di mana Washington diberikan sejumlah emas yang besar sebagai ganti perlindungan mereka untuk membantu Daesh melarikan diri.

Menurut sumber yang bercakap kepada agensi Kurdish Bas News, tentera US memindahkan hampir 50 tan emas daripada kawasan yang ditawan oleh Daesh di kawasan Timur Syria dan memberikan sebahagian emas tersebut kepada People’s Protection Unit (YPG).

Manakala 40 tan emas yang dilaporkan telah dicuri oleh ISIS daripada Mosul, Iraq juga diambil oleh tentera US secara senyap – senyap.

Laporan saksi mengatakan mereka melihat helikopter US membawa kotak – kotak besar yang penuh dengan harta rampasan Daesh, terutama sekali emas, daripada kawasan al – Dashisha bahagian selatan Hasaka.

Adakah ini punca sebenar campur tangan US di Syria? Ada emas di sebalik perang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close