isu semasa

Idaho Bantah Umur Kahwin Minima 16 Tahun Kerana ‘Pengguguran Bayi Menjadi Lebih Mudah Daripada Berkahwin’

Idaho telah menolak bil yang menetapkan umur minima perkahwinan di negeri tersebut kepada 16 tahun pada 28 Februari yang lalu, lapor idahostatesman.

Idaho adalah negeri yang dikenali sebagai pemegang statistik perkahwinan bawah umur terbanyak di Amerika Syarikat.

Di bawah undang – undang Idaho, mereka yang berumur 16 – 17 tahun hanya memerlukan kebenaran ibu bapa untuk berkahwin. Seorang yang berumur 16 tahun juga boleh berkahwin jika dibenarkan oleh hakim.

Perkahwinan paling muda yang pernah direkodkan di Idaho melibatkan pasangan yang berusia 13 tahun. Pada tahun 2000 sehingga 2010, 4080 pasangan bawah diumur telah mengikat tali pernikahan di Idaho.

Bil HR 98 kemudian telah dicadangkan di mana ia bakal menetapkan had umur minima perkahwinan kepada 16, dan mengetatkan syarat perkahwinan untuk mereka yang berumur 16 – 17 tahun.

Walaupun sebenarnya, di banyak negeri di US umur minima adalah 18 tahun. Bil ini merupakan suatu kompromi untuk ‘tidak secara mendadak menamatkan perkahwinan umur’.

Cadangan bil itu kemudian telah diundi bantah dengan jumlah undian sebanyak 39 – 28.

Mereka yang membantah memberikan beberapa hujah masing – masing, seperti “membantah campur tangan mahkamah dalam perkahwinan”.

Bryan Zollinger mengatakan “Saya tak percaya lesen perkahwinan diperlukan untuk berkahwin. Saya rasa dua orang yang saling mencintai sepatutnya boleh saja berkahwin”

“Keputusan perkahwinan sepatutnya tertakluk kepada keluarga. Saya rasa keizinan ibu bapa, sebagaimana isi undang – undang sekarang, sudah mencukupi” ujar Rep Julianne Young.

Rep Christy Zito mengadu bahawa bil tersebut mengharamkan gadis 15 tahun daripada berkahwin, tetapi tidak untuk menggugurkan kandungan.

Di Idaho, gadis yang berusia kurang 18 tahun boleh menggugurkan janin dengan keizinan seorang ibu bapa atau seorang hakim.

“Jika bil ini disokong, bermakna lebih mudah untuk gadis 15 tahun menggugurkan janin berbanding membina keluarga dan memastikan bayi yang dikandungkan lahir dalam institusi keluarga” kata Zito.

Penolakan bil ini bagaimanapun mendapat kecaman kerana dianggap menyokong penindasan terhadap kanak – kanak dan rogol statutori.

“Apabila perkahwinan antara seorang yang berusia 30 tahun dengan 15 tahun dianggap sah di sisi undang – undang berlaku, ini adalah penindasan kanak – kanak yang diinstitusikan. Ini adalah rogol yang dirancang” kata Colin Nash.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close