isu semasa

Kenyataan ‘Poligami Satu Ketidakadilan’ Sheikh al Azhar Diseleweng Media

Terbaru berbagai – bagai portal berita mengeluarkan laporan bahawa Sheikh al Azhar, Sheikh Ahmad Tayyib mengatakan ‘poligami sebagai tidak adil’ (injustice), atau ‘tidak beri keadilan kepada wanita’.

Kenyataan itu disebarkan oleh media tempatan dan antarabangsa seperti malaysiakini, berita harian, malaysianinsight, BBC, timesofisrael dan banyak lagi.

Laporan tersebut juga telah dikongsikan oleh Sisters In Islam, malah turut diketengahkan oleh laman Facebook YADIM.

Al – Azhar bagaimanapun kemudian memberi amaran di samping menafikan penyelewengan yang dilakukan terhadap kenyataan syeikh melalui Pusat Media – Komunikasi al Azhar (al-Markaz al-I’lam li al-Azhar al-Sharif) seperti yang dilaporkan oleh RT.

al Azhar menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan sheikh
Ahmad Tayyib ketika program temubual tersebut bertujuan menghuraikan tentang kezaliman yang dilakukan oleh sebahagian pihak. Beliau tidak menafikan poligami.

Dr Ahmad Sanusi menerangkan bahawa “Melalui rakaman temubual tersebut, kita akan dapati bahawa pada minit ke 1:58, beliau menyebutkan:

ان هناك ظلما مؤكدا لحق بالمرأة

“Dan sesungguhnya di sana berlaku kezaliman yang pasti yang berkaitan dengan perempuan”

“Setelah itu Sheikh al-Azhar menceritakan tentang pelbagai isu termasuk kezaliman yang dilakukan oleh sebahagian lelaki dalam perkahwinan mereka sehinggalah pada minit ke 5:58 hingga ke minit 6:07, beliau menyatakan”:

تعدد الزوجات (هذا الشيء) تسعين بالمائة يتضمن ظلم الزوجة وظلم اهلها وظلم اولادها

“Poligami ini adalah sesuatu 90% mengandungi (perlakuan) zalim terhadap isteri, ahli keluarga dan anak-anak mereka.”

Menurut beliau, kenyataan syeikh yang berdurasi tidak sampai seminit inilah yang dijadikan fokus oleh sesetengah pihak untuk menggambarkan seolah poligami itu adalah kezaliman.

“Pihak media pula dilihat memberikan tajuk yang mengelirukan yang seolah menggambarkan sesuatu yang telah dibenarkan oleh syariat ini sebagai satu kezaliman”

“Kenyataan sebegini amat membimbangkan bahkan mengelirukan. Ini kerana, Sheikh al-Azhar dalam temubual tersebut menekankan isu berlaku adil. Sebahagian kezaliman yang berlaku dikatakan hasil daripada penyelewangan penafsiran nas yang digunakan oleh pihak tertentu atas kepentingan peribadi mereka”

“Sheikh al-Azhar turut menegaskan bahawa beliau sedikit pun tidak menafikan pensyariatan poligami. Tegas beliau:

لا أدعو إلى تشريعاتٍ تُلغي حقَّ التعدُّدِ بل أرفُضُ أيَّ تشريعٍ يَصدِمُ أو يَهدِمُ تشريعاتِ القرآنِ الكريمِ أو السُّنَّةِ المُطهَّرةِ

“Saya tidak menyeru kepada pemansuhan hak untuk berpoligami, bahkan apa yang saya tolak adalah penggubalan sesuatu yang bertentangan atau merobohkan syariat al-Quran dan Sunnah Nabi itu.” (Kenyataan ini dipetik pada 2016 ketikamana beliau pertama kali menyuarakan kebimbangan berhubung isu ini).

“Jelas di sini bahawa Sheikh al-Azhar menyokong pensyariatan berpoligami. Apa yang membimbangkan kita adalah, terdapat kumpulan liberal yang akan memetik berita ini sebagai hujah mereka untuk menolak pensyariatan ini atas nama perjuangan hak kemanusiaan” Tegas Dr Sanusi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close