Kristian

Pastor Africa yang Tular ‘Menghidupkan Orang Mati’ Jadi Bahan Kejian, Perlian dan Diugut Saman

Sebuah video yang tular di media sosial mempamerkan ‘mukjizat’ seorang pastor Afrika yang berjaya menghidupkan orang mati.

Lelaki tersebut dikatakan telah mati semenjak hari Jumaat dan telah pun ditempatkan di bilik mayat.

Pada Ahad minggu yang sama, Pastor kontroversi Alph Lukau kemudian mengisytiharkan bahawa pengaruh syaitan ke atas mayat tersebut telah pun tamat.

Dengan gerakan tangan dan gertakan untuk bangun, Lukau kemudian mengarahkan nyawa lelaki tersebut untuk kembali kepada jasad. Beberapa saat kemudian, lelaki itu tersentak bangun seraya mendapat tepukan gemuruh hadirin.

“Ini adalah petanda bahawa apa saja yang dilakukan oleh syaitan, ia telah berakhir. Syaitan, di mana saja saya jumpa anda saya akan sepak anda.”

Bagaimanapun, video ‘mukjizat’ tersebut yang sepatutnya mengundang rasa takjub orang akhirnya menjadi bahan ketawa kerana penipuan yang begitu ketara.

Antara hal yang begitu ‘kantoi’ dalam video tersebut adalah lelaki tersebut sudahpun bernafas, bergerak – gerak dan tercungap sebelum dia ‘dihidupkan’.

Video susulan kemudian menayangkan ‘pelakon Hollywood’ tersebut berjalan seperti zombie ke auditorium gereja dan diberi makan di barisan kerusi depan sambil terketar – ketar dan terbeliak kebingungan.

I’m done πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Posted by Team Baracus Spakwahalaz on Monday, 25 February 2019

Pengguna media sosial kemudian membongkarkan bahawa lelaki yang ‘mati’ itu tidak lain adalah jurukamera pastor Lukau yang sebelum ini pernah membuat penipuan yang sama dua tahun lepas.

Tak sampai 24 jam video tersebut tular, 3 rumah mayat telah membuat laporan polis mengatakan mereka ditipu untuk turut serta dalam aksi tersebut.

Pada hari Selasa, gereja Alleluia kemudian menarik diri daripada video tersebut dengan memberitahu media tempatan ‘itu bukanlah mukjizat membangunkan orang mati’.

Insiden tersebut menjadi perlian hebat netizen sehingga mereka menamakan hashtag baru #ResurrectionChallenge

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close