Kristian

Pendedahan Besar – besaran Pencabulan Seksual Gereja Seluruh Dunia

Pencabulan seksual di gereja Katolik adalah krisis global, dengan ribuan paderi dituduh mencabul kanak – kanak di pelbagai negara seluruh dunia, sejak berdekad – dekad lalu.

Bukan itu saja, skandal ini lebih membusuk apabila didedahkan tindakan gereja – gereja tersebut menyembunyikan dan memusnahkan dokumen – dokumen pencabulan seksual mereka seperti yang diakui oleh cardinal tertinggi baru – baru ini.

“Fail – fail yang mendokumentasikan perlakuan – perlakuan buruk ini yang turut menamakan penjenayah bertanggungjawab telah dimusnahkan, malah ada yang tidak pernah ditulis pun.

Penjenayah tidak diusik, tapi mangsa pula yang disuruh berdiam diri”

National Catholic Reporter
Image result for pope admits
Pope Francis

Krisis pencabulan seksual ini begitu membarah sehingga Pope Francis sendiri mengancam paderi – paderi yang mencabul kanak – kanak untuk “tampil menyerahkan diri mereka kepada pihak berkuasa”, serta “mempersiapkan roh mereka untuk diadili pada hari kiamat”

“Fenomena (pencabulan seksual kanak – kanak) ini lebih membarah dan membimbangkan di gereja – gereja, kerana ia sama sekali tidak selari dengan autoriti moral dan kredibiliti etika gereja”

Pope Francis

Di German, lebih daripada 3600 kanak – kanak berusia 13 tahun ke bawah telah menjadi mangsa pencabulan seksual paderi Katolik dalam masa 7 tahun.

Di Pennsylvania saja, 1000 kes pencabulan seksual kanak – kanak melibatkan 300 paderi dilaporkan dalam masa 70 tahun.

Lebih separuh daripada paderi – paderi senior negara Belanda didapati menyembunyikan pencabulan seksual kanak – kanak antara tahun 1945 dan 2010.

Dalam satu pendedahan yang mengejutkan baru – baru ini, ketua Gereja Katolik terbesar Australia, Cardinal George Pell yang juga merupakan pemuka ketiga paling senior Vatican turut didapati bersalah mencabul budak lelaki koir gereja berumur 13 tahun lebih 2 dekad lalu.

Image result for george pell
Cardinal George Pell

Mangsa melaporkan bahawa Pell memaksanya melakukan seks oral kepadanya setelah sesi koir sambil dia beronani.

Dia turut didapati bersalah melakukan perlakuan penetrasi kepada remaja berusia 16 tahun.

Untuk mengubah polemik ini, Pope Francis menjanjikan perubahan budaya gereja, bagaimanapun ini adalah sesuatu yang cukup sukar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close