Islamofobia

Pembenci Islam Perli “Ke Mana Pergi Remaja Muslim Genius yang Ditangkap Kerana Membina Jam?” – Ini Jawapan Beliau

Masih ingat remaja Muslim bernama Ahmed Mohamed? Suatu ketika dahulu kisah tentang beliau meletup naik apabila beliau ditangkap setelah membawa jam yang beliau juruterakan sendiri ke sekolah.

Ahmed yang sememangnya memiliki hobi mencipta dan menjurutera ciptaan – ciptaan baru telah membina sebuah dan memprogramkan sebuah jam.

Image result for ahmed mohamed

Beliau kemudian ingin mengagumkan guru beliau di sekolah lantas membawa jam tersebut untuk ditunjukkan kepada cikgu – cikgunya.

Setelah beliau menunjukkan jam hasil ciptaannya itu kepada guru Inggeris beliau, guru tersebut panik kerana menganggap itu sebagai sebuah bom, ditambah lagi dengan latar belakang dan wajah Ahmed sebagai seorang Arab Muslim, guru tersebut tampaknya langsung tidak kagum dengan ciptaan anak muridnya , malah ketakutan.

Jam tersebut dirampas dan kemudian polis datang menangkap Ahmed atas tuduhan mencipta bom palsu.

Hal ini mencetuskan kegemparan seluruh Amerika, sehingga malah mendapat reaksi Barack Obama dan Mark Zuckerberg.

You’ve probably seen the story about Ahmed, the 14 year old student in Texas who built a clock and was arrested when he…

Posted by Mark Zuckerberg on Wednesday, 16 September 2015

Tapi nampaknya setelah insiden tersebut, para pembenci Islam begitu bersungguh – sungguh menjatuhkan beliau dengan menuduh beliau sememangnya sengaja membuat ancaman keganasan palsu, ciptaan beliau tidaklah sehebat mana, dituduh dan diganggu oleh pereka teori konspirasi, termasuklah diburukkan oleh ahli politik dan tokoh anti Islam di media arus perdana.

Pada ketika itu, Ahmed baru berumur 14 tahun. Bayangkan seorang remaja yang dikeji dan difitnah oleh seluruh negara.

Beliau kemudian berpindah keluar dari Amerika ke Qatar lantaran mendapat biasiswa khas oleh negara tersebut.

Baru – baru ini, seorang ahli politik anti Islam Ann Coulter memerli Ahmed yang dianggapnya ‘hilang’ setelah mencetus kontroversi.

Apa yang jadi kepada anak genius Ahmed yang mencipta jam tapi gurunya terlalu anti Islam sehingga tak sedar itu adalah jam? Ada tak dia cipta benda – benda lain?

Serangan ahli politik ini kepada seorang remaja mendatangkan kritikan hebat pengguna Twitter lain

Namun kemudian Ahmed membalas perlian tersebut dengan jawapan yang hebat!

Saya ada mencipta! Tapi saya tak kongsikan dengan kamu kerana kali terakhir saya tunjukkan ciptaan saya kepada seorang yang kelihatan seperti kamu, saya ditahan pula (merujuk kepada Guru Inggeris saya

Balasan beliau mendapat respon daripada pengguna – pengguna Twitter lain yang tersentak kagum

Sebenarnya, Ahmed sendiri memuat naik gambar – gambar projek – projek terbarunya di Twitter miliknya. Mungkin ahli politik tersebut belum tekan butang follow sebelum memerli.

Semoga Ahmed dapat menjadi jurutera dan pereka cipta Muslim hebat yang mampu memajukan ummah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close