feminisme

Menyuruh Wanita Mengandung Berhenti Merokok, Minum Arak adalah Seksis. Kata Feminis Liberal.

Kita sering kali mendengar seruan ‘kebebasan bersuara’ dan ‘badan saya, pilihan saya’ yang dilaungkan feminis dan liberal. Tetapi sejauh mana mantra tersebut diguna pakai?

Antara lain, kita tahu bahawa mereka tidak peduli langsung tentang nyawa bayi dalam kandungan mereka menerusi gerakan ‘pro – choice‘ yang menggalakkan wanita mengandung (anak luar nikah) untuk menggugurkan saja kandungan mereka tanpa rasa bersalah kerana ‘badan mereka, pilihan mereka’.

Walaupun hakikat proses pembunuhan bayi tersebut tersangat mengerikan dan kejam. Setiap sendi bayi dalam kandungan tersebut dikepit dengan sopher clamp sehingga tercabut, dan kepala bayi tersebut dipecahkan.

Sopher clamp, alat yang digunakan untuk memotong setiap sendi bayi.

Sekarang nampaknya logik feminis liberal pergi lebih jauh apabila mereka mahu menghentikan kritikan masyarakat terhadap wanita mengandung yang merokok dan minum arak, kerana itu adalah stigma ‘victim blaming’ (menyalahkan mangsa).

Laporan Telegraph bertajuk ‘Menyuruh wanita mengandung untuk berhenti minum arak adalah seksis’ cukup mendatangkan kebingungan:

Pandangan masyarakat begitu mengkeji dan kini terdapat andaian bahawa wanita mengandung yang memegang segelas wain dianggap melakukan sesuatu yang jahat.

Mereka nampaknya tidak mengendahkan kajian kesihatan yang memberi amaran wanita mengandung untuk tidak langsung meminum arak dan menghisap rokok kerana mengancam bayi mereka.

Namun feminis liberal mahu mengubah pula naratif mempertahankan wanita mengandung perokok dan pemabuk dengan beralasan ia ‘menyalahkan mangsa’ (victim blaming) dan mendatangkan kejengkelan kepada wanita tersebut, yang nampaknya dimaksumkan daripada kesalahan hanya kerana mereka wanita.

Saya rasa sesetengah bidan terlalu bossy kan? Jangan buat itu, jangan buat ini. Tolonglah, diam boleh?

Sesetengah wanita mengandung juga diadili secara negatif oleh pasangan mereka yang tidak merokok. Mereka merasakan komen pasangan mereka itu ‘menyakitkan hati dan menjengkelkan”

Itu antara komen wanita mengandung peminum dan perokok yang merasa jengkel disuruh berhenti, seperti yang dilapor Daily Mail.

Seorang lagi wanita mengandung mengatakan “Dia (suami) kata – Awak tahu dalam perut itu anak saya! Tapi saya balas ini badan saya”

Nampaknya suami yang mahu anak dalam kandungan lahir sihat dan tidak gugur juga dipersalahkan kerana menyuruh wanita menjaga tubuh mereka yang mengandung.

Para pengkaji tiba pada konklusi bahawa merokok adalah aktiviti yang membawa stigma negatif, dan berkata ‘stigma ini tak selalunya berkaitan dengan bayi, tapi boleh jadi sengaja mahu memberi pengadilan moral kepada wanita.

“Kita perlu, dengan segera, beralih daripada pandangan neo liberal tentang kegagalan perokok individu kepada pandangan sosio ekologi yang mengelak victim blaming (menyalahkan mangsa)

Menurut Daniel Haqiqatjou, dahulu terma ‘victim blaming’ ini merujuk kepada nasihat bahawa tidak sepatutnya wanita yang mabuk membawa lelaki tidak dikenali ke dalam bilik apartmen mereka pada pukul 2 pagi. Nasihat agar wanita boleh mengurangkan kemungkinan mereka dirogol (dengan cara tidak berperilaku seperti pelacur terdesak) telah dilabel sebagai ‘menghalalkan rogol’ dan victim blaming.

Nampaknya sekarang mantra victim blaming ini meliputi apa saja kritikan kepada wanita, termasuklah apabila menegah wanita membahayakan kandungan dengan meminum arak dan merokok.

Versi awal victim blaming ini sudah tak masuk akal, versi baru ini pula adalah satu kegilaan mutlak.

Ideologi feminis liberal ini ternyata bertentangan dengan saranan Islam supaya melakukan amar makruf nahi munkar.

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (Quran 3:110)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close