info Islam

Subhanallah, Tulisan Tauhid Basmalah Sebelum Islam Ditemui di Yaman

Sejarawan Arab Ahmad Al Jallad membongkarkan suatu penemuan yang menakjubkan di laman Twitter beliau.

Tulisan tauhid basmala versi berbeza yang ditulis sebelum kedatangan Islam dalam skrip Zabur ditemui pada sebongkah batu di Yaman.

Baris pertama mengungkapkan: bsmlh rHmn rHmn rb smwt

بسم له رحمن رحمن رب سموت

Baris kedua menurut beliau amat sukar ditafsir namun ia mengandungi perkataan رزقن dan إيمن

Teks ini mengesahkan bahawa penggabungan ungkapan Tuhan yang Maha Esa Allah, seperti yang dipercayai oleh orang Arab Utara, dengan ungkapan RaHmān yang dipercayai Arab Selatan sudahpun berlaku sebelum kedatangan Islam.

Formula ungkapan tersebut bagaimanapun bukanlah formula Islam yang biasa digunakan dalam alQuran, dan bahasa bukan Arab membuktikan bahawa tulisan ini tidak berasal daripada orang Islam.

Siapa yang menulis ini? Sebuah ungkapan Tauhid yang begitu umum boleh jadi ditulis oleh Kristian Arab atau Yahudi, mungkin teks tersebut ditulis oleh penganut Tauhid Arab Porto – Islam, mungkin seorang Hanif. Segalanya adalah spekulasi namun penemuan ini membawa kita lebih dekat kepada pembuktian lanskap keagamaan Arab pada abad ke 6 dan latar belakang Islam.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close