Liberal

Rukun Agama Baru ‘New World Religion’ yang Menguasai Dunia

New World Religion yang didakwahkan kepada anda dan anak – anak anda di sekolah memiliki 7 rukun:

1. Naturalisme

Semua yang wujud adalah pada material semata – mata. Semua yang benar mestilah boleh dilihat dan dirasai dengan lima deria, boleh diulang dalam makmal, dan diterbitkan hasil kajiannya oleh universiti Barat sekular. Nilai etika, metafizik, dan kerohanian adalah tidak penting, tahyul, cerita orang dulu – dulu, kiasan atau kegilaan. Kesemua kebenaran bukan material hanyalah perspektif dan pandangan yang sama saja benar atau tidak.

2. Dunia Dikawal oleh Kuasa dan ‘Kebetulan’

Tiada perintah Tuhan, tiada dialog dan tiada daya luar biasa. Kesengsaraan dan kesakitan yang kita alami tiada makna apa – apa, dan datang daripada individu, institusi dan alam – kesengsaraan dan kesakitan bukanlah ujian, bukan penghapus dosa, dan bukan hukuman.

3. Individualisme

Semua manusia sentiasa bersaing untuk mendapatkan kehendak material mereka. Masyarakat hanyalah sekumpulan individu yang miliki tujuan perseorangan tersendiri. Tiada ummah, keluarga ataupun puak. Kebahagian ekonomi lebih penting daripada semua itu. Jika anda mahu berkahwin – iaitu jika ia padan dengan kehendak tamak anda – maka ‘kebebasan ekonomi’ mestilah melangkaui perkahwinan tersebut. Walaupun Allah menggalakkan perkahwinan awal dan berjanji memberikan sumber rezeki kepada pasangan berkeluarga.

4. Sejarah Mestilah dipandang Hanya Melalui Pandangan Sosio Ekonomi

Nabi Muhammad SAW, paling – paling pun, merupakan seorang ‘tokoh reformasi sosial’, ketua tentera, dan pengasas agama global. Apa yang lebih daripada itu adalah kepercayaan peribadi dan pandangan yang tidak masuk akal.

5. Agama adalah Pegangan yang Tak Rasional dan Peribadi Sahaja.

Agama mestilah diamalkan hanya di rumah dan tempat ibadat. Ia mestilah diasingkan daripada semua urusan awam, walaupun politik tidak boleh diasingkan daripada etika, sedang etika pula berkait rapat dengan agama. Hampir kesemua agama adalah mitos dan mitos hanyalah cerita – cerita dongeng.

6. Kuasa Individu Mestilah Dimaksimumkan

Identiti anda adalah apa saja yang anda rasakan. Ia tidak tertakluk dengan persekitaran anda, atau ia tidak dipengaruhi langsung dengan apa – apa entiti fizikal. Anda boleh pilih apa saja anda mahu tentang diri anda “selagi mana tidak menyakiti sesiapa”.

7. Seksualiti Anda Mestilah Diraikan

Seksualiti anda adalah sama penting, atau lebih penting daripada identiti agama anda.


7 nilai ini diperkasakan hari ke hari, dan kini menjadi asas kepercayaan sedar atau separa sedar kita. Bukan sahaja sukar untuk menentang hal ini, tapi ia sendiri juga begitu lasak dan sukar diubah.

Untuk melawan, tidak lain ia mestilah bertitik tolak daripada pembinaan pendidikan Islam. Ia bukanlah tindak balas untuk kembali kepada dogma, tetapi ia perlulah merupakan suatu penilaian intelektual semula terhadap masalah kemodenan dan pascakemodenan, di samping mengintegrasikan pendidikan Islam dan tarbiyah rohani yang bijak.

thedebateinitiative

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close