isu semasa

Ekstrimis Hindu Beri Amaran Firdaus Wong Pulangkan Kitab Hindu … Yang Mereka Beli Sendiri

Selaku salah seorang pemuka perbandingan agama di Malaysia, yang juga merupakan anak murid Zakir Naik, Firdaus Wong dan pasukannya memiliki koleksi kitab – kitab agama yang pelbagai, termasuklah kitab – kitab Veda Hindu.

Sudah pasti, koleksi ini diperoleh secara sah, melalui pembelian di toko – toko buku.

Namun nampaknya koleksi ini tidak direstui oleh seorang ekstrimis Hindu ‘AK Sufi’ yang memberi amaran kepada beliau untuk memulangkan kitab – kitab Veda yang dimiliki.

Pekerja Perodua showroom datang memaklumkan kepada kakitangan MRM bahawa ada kertas dengan gambar saya ditampal di…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Thursday, 14 February 2019

Kertas – kertas amaran ini ditampal di sekitar pejabat MRM milik Firdaus malah terdapat juga yang ditampal di cermin showroon Perodua tanpa kebenaran.

Menurut Firdaus Wong, ‘AK Sufi’ adalah salah satu nama akaun Facebook miliki Arunakiri yang semakin dikenali sebagai suatu figura ekstrimis agama di Malaysia.

Tempoh hari, Arunakiri datang ‘menyerang’ pejabat Firdaus dengan melakukan provokasi.

Bagi berdialog dengannya, pasukan MRM kemudian membawa keluar beberapa koleksi kitab – kitab Hindu yang menjadi kajian dan rujukan mereka.

Kitab – kitab rujukan Hindu yang digunakan pasukan kajian MRM

Selang beberapa ketika setelah itu, Arunakiri kemudian membuat suatu rakaman Facebook Live mempertanyakan soalan ‘Bagaimana Firdaus mendapat kebenaran menggunakan kitab Hindu?’

Dalam video yang sama, Arun turut ‘menyerang’ persatuan Hindu Sanggam sebagai pihak yang memberi memberi pengesahan kitab – kitab Veda yang digunakan Firdaus.

Menurut Arun, kitab – kitab yang Veda yang digunakan dan disahkan oleh Hindu Sanggam disalah terjemah dan dia malah mengatakan mahu mengajar ‘ajaran Hindu yang sebenar’

Jelas Firdaus, tiada apa yang mereka perlu pulangkan:

Sebenarnya tiada apa yang perlu dipulangkan kerana ianya harta milik kami dan dibeli dengan wang KAMI sendiri secara sah di kedai siap dengan resit pembayaran ataupun ini pun ada orang nak CLAIM juga ini mereka yang beli ke?

Beliau malah menawarkan untuk menunjukkan tempat – tempat membeli kitab dan sanggup untuk mengeluarkan duit sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close