LGBT

Kini Sudah Ada Video Promosi Pasangan Melayu Mengaku Gay Terbuka

Walaupun diketahui bahawa terdapat banyak orang Melayu yang terjebak ke dalam kancah LGBT, namun masih kurang (atau tiada) yang berani mengaku secara terbuka.

Namun kini nampaknya rekod mengumumkan amalan dosa besar tersebut sudah dipecahkan oleh pasangan gay Melayu Faliqh dan Haikal dari Singapura.

Dalam video yang diterbitkan oleh laman Facebook ‘Dear Straight People‘, mereka mendedahkan bahawa mereka bertemu di parti pantai, kemudian ber’dating‘ dan kini berhubungan selama 7 tahun.

Mereka mengatakan bahawa hubungan ini ‘direstui’ ibu salah seorang daripada mereka, yang nampaknya tidak diberi ruang untuk bercakap dalam video 4 minit tersebut.

Video tersebut turut mempamerkan adegan tidak senonoh separa lucah dua pasangan tersebut tanpa segan silu.

Disebabkan polisi penapisan Facebook yang longgar, video ini boleh mencapai sesiapa saja pengguna Facebook tanpa mengira tempat, umur dan agama.

Penerbitan atas talian Dear Straight People tersebut yang berpusat di Singapura sememangnya miliki tujuan mengembangkan promosi LGBT kepada semua orang di Asia, dan kini telah menghasilkan 50 cerita LGBT.

Tidak dapat dipastikan siapa penaja di belakang mereka.

Video tersebut mendapat kritikan hebat di bahagian komen dan rata – rata meminta supaya video tersebut dilaporkan ke Facebook.

Seorang pengguna media sosial memberi komen bahawa semua Melayu secara sendirinya beragama Islam, dan perbuatan ini bakal mendapat kemurkaan Allah.

Seorang lagi netizen mempersoalkan dari segi moral, jika LGBT dibenarkan dan dibuka pintunya, apa yang akan menghalang perbuatan lain seperti sumbang mahram dan pedofilia, jika argumennya semata – mata ‘kasih sayang’?

Hal ini merupakan sesuatu yang sangat membimbangkan, kerana bukan saja kini terdapat pasangan Melayu yang mengaku gay terbuka, mereka mempromosikan pula perbuatan dalam medium terbuka.

Normalisasi dosa dan amalan yang dilaknat Allah ini sangat menggusarkan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close