perbandingan agama

Amaterasu, Susanoo & Tsukuyomi? Itulah Sembahan Agama Shinto di Jepun.

Shinto adalah sebuah nama agama yang disandarkan kepada kepercayaan animisme di Jepun. Di Jepun, Kami-no-Michi (Menyembah Dewa Kami) adalah nama asal bagi kepercayaan ini yang akhirnya dikenali sebagai agama Shinto pada kemudian hari.

Perkataan Shinto pada asalnya disebut sebagai Shindo, dari perkataan Cina ‘Shendao’ (Shen Dao) yang menggabungkan dua huruf Kanji iaitu ‘Shin’ yang bermaksud Roh atau Kami dan perkataan ‘To’ yang bermaksud jalan falsafah atau pengajian (dari perkataan Dao Cina). Jadi perkataan Shinto secara literal bermaksud Jalan Roh, samada roh-roh orang yang telah meninggal atau dewa yang berada di langit dan bumi.

Image result for shinto
Kuil Shinto

Shintoisme adalah fahaman yang berbau keagamaan yang khusus dianut oleh masyarakat Jepun sehingga sekarang. Shintoisme merupakan sebuah agama falsafah yang bersifat tradisional sebagai warisan nenek moyang bangsa Jepun yang dijadikan pegangan hidup mereka.[1]

Sejarah

Tidak ada rekod yang jelas bilakah bermulanya agama Shinto dan tidak diketahui siapakah pengasasnya. Akan tetapi perkataan Shinto ini wujud sekitar abad ke 6 M. Nama Shinto disandarkan kepada nama agama asal yang dianut oleh masyarakat Jepun bagi membezakan dengan agama Buddha yang pada waktu itu sedang berkembang di Jepun. Agama Buddha datang dari China melalui Korea dan berkembang di Jepun. Dengan kata lain Buddha yang berkembang di Jepun adalah dari aliran Mahayana.

Sebelum ini Shinto adalah sebuah fahaman yang memuja alam yang bersifat animisme. Amalan itu dilihat sebagai suatu anutan tradisional warisan nenek moyang mereka terdahulu. Malah di dalam kepercayaan asal mereka juga percaya kepada mitos dewa-dewi yang berperanan mewujudkan negara Jepun pada hari ini.

Akan tetapi situasi agama ini sedikit berubah apabila berlaku penyebaran agama Buddha secara besar-besaran di Jepun pada abad ke 6 M.

Setelah kemasukkan agama Buddha di Jepun, fahaman Shinto agak terkesan dengan pengaruh Buddha. Wujud persaingan di antara sami Buddha dengan pendeta Jepun (Shinto) sehingga amalan Shinto dilihat semakin memudar di kalangan masyarakat Jepun disebabkan pengaruh Buddha yang begitu kuat. Bagi mempertahankan ajaran Shinto, para pendeta Jepun menerima dan memasukkan unsur-unsur agama Buddha ke dalam sistem keagamaan mereka. Akibat daripada sinkretisme itu, ajaran Shinto hampir kehilangan sebahagian besar keaslianya.

Shintō deity
Ukiran kayu dewa Shinto

Antaranya Shinto sudah memiliki beraneka ragam upacara agama bahkan bentuk-bentuk bangunan tempat suci agama Shinto sudah banyak dipengaruhi oleh agama Buddha. Patung dewa yang pada mulanya tidak diperkenalkan dalam agama Shinto mulai diukir dan ciri asal kesederhanaan tempat-tempat suci agama Shinto lambat laun semakin lenyap digantikan dengan warna-warni dalam Buddhisme.

Proses sinkretisme itu berlaku sehingga ke abad ke 17 M. Di samping terpengaruh dengan agama Buddha, Shinto juga menerima falsafah Tao dan juga Konfusian yang dibawa bersama dalam agama Buddha dari China itu. Itulah sebab terdapatnya unsur-unsur Tao dan juga Konfusian di dalam agama Shinto.

Selama berabad agama Shinto dan Buddha tumbuh secara sinkretis dan ritual keagamaannya juga turut dilakukan kedua-dua sekali oleh masyarat Jepun (menganut dua agama sekaligus). Pada waktu itu bagi mereka tidak ada pertentangan antara Shinto dan Buddha kerana dewa-dewa yang dipuja dalam Shinto terutama Dewa Matahari (Ameterasu Omikami) dikatakan sebagai jelmaan daripada Buddha. Perbuatan itu dikenali sebagai Ryobu Shinto. Ryobu Shinto tidak bermaksud menggabungkan agama Shinto dengan Buddha tetapi ia lebih kepada konsep sinergi. Masing-masing melaksanakan peranan masing-masing.

Amaterasu Emerging From Exile
Lakaran Amaterasu

Sebagai contoh dalam ritual pemujaan kepada Kami. Ia dianggap tanggungjawab pendeta Shinto untuk laksanakannya sementara dalam ritual kematian pula diambil alih oleh sami Buddha untuk dilaksanakan. Boleh dikatakan mereka membahagikan peranan masing-masing dalam agama. Tetapi secara hierarki kedudukan agama Buddha lebih tinggi daripada Shinto. Semasa pemerintahan Ashikaga (1333-1568) agama Shinto seakan dipinggirkan, sama juga ketika zaman Tokugawa (1615-1868). Pada dua zaman tersebut agama Buddha lebih mendapat tempat dalam pemerintahan di Jepun.

Oleh disebabkan itulah pada abad ke 17 ini timbul gerakan baru di bawah Shintoisme bagi menghidupkan kembali ajaran Shinto yang murni di bawah pelopor tokoh Shinto seperti Kamamobuchi, Motoori, Hirata, Narinaga dan lain-lain dengan bertujuan untuk membezakan “Badsudo” (jalannya Buddha dalam Shinto) dengan “Kami” (roh-roh yang dianggap dewa asli oleh bangsa Jepun) untuk mempertahankan keaslian ajaran Shinto. Ini salah satu reaksi mereka kerana diabaikan oleh pemerintahan negara mereka sendiri.[2]

Merujuk Helen Hardacre dalam bukunya Shinto: A History menyatakan situasi keagamaan di Jepun berubah apabila memasuki zaman Meiji (1868-1945). Shinto kembali mendapat perhatian oleh pemerintah Jepun. Pada zaman Meiji ini telah didirikan Universiti Kokugakuin sebagai tempat pendidikan agama Shinto secara khusus. Pada tahun 1868 ini juga agama Shinto diiktiraf sebagai agama negara dan pada saat itu agama Shinto telah mempunyai 10 cabang aliran dan memiliki sekitar 21 juta penganut di Jepun. Sejak saat itu agama Shinto mula menjadi agama negara dan terserap dengan unsur-unsur politik Jepun ke dalamnya. Pada waktu inilah agama Shinto mula menerapkan ketaatan kepada Maharaja sehingga ada sebahagian mereka dianggap sebagai dewa.[3]

Setelah Jepun kalah di dalam perang dunia ke dua setelah dibom oleh Amerika. Berlaku perubahan undang-undang dasar di negara Jepun pada tahun 1947. Sejak daripada itu Shinto tidak lagi dijadikan sebagai agama negara. Sejak saat itu setiap warga negara Jepun memiliki kebebasan dalam memilih agama dan menjalankan ritual keagamaan mereka. Walaupun demikian warga negara Jepun tetap menjalankan ritual-ritual keagamaan Shinto dengan kadar sebagai tradisi dan adat budaya mereka.

Mitos Shinto

Menurut tulisan Kojiki (Sejarah Kuno) dan catatan Nihongi (Sejarah Jepun) asal wujudnya satu dewa yang tercipta dengan sendiri iaitu Amenominakanushi. Amenominakanushi telah mencipta dua dewa utama yang memiliki jantina iaitu Izanagi (lelaki) dan Izanami (perempuan). Mereka berdua ditugaskan untuk menciptakan pulau pertama di dunia ini. Untuk membantu permudahkan tugas mereka, Izanagi dianugerahkan sebuah tombak yang bernama Ame-no-Nuboko dan tombak tersebut dihiasi dengan permata. Mereka pergi kesebuah jambatan yang menghubungkan antara syurga dengan bumi yang dikenal dengan nama Ame-no-Ukihashi. Setelah itu Izanagi mengayunkan tombak tersebut ke dalam laut bumi dan ketika tombak itu diangkat, air tersebut menitik dari hujung tombak lalu muncul sebuah pulau yang disebut Onogoroshima (pulau misteri), lalu mereka turun ke pulau tersebut.

Japanese Shinto Deities, Gods, Kami, Creatures, and Demons
Beberapa dewa Shinto Jepun

Di pulau itulah mereka berdua berkahwin. Setelah itu Izanami melahirkan dua orang anak yang bernama Hiruko dan Awashima, namun mereka tidak diakui sebagai perwujudan dewa kerana kedua-dua mereka cacat. Lalu mereka meletakkan anak mereka disebuah perahu dan menghanyutkannya kelautan. Setelah itu mereka mendapat 8 orang anak dan anak mereka membentuk pulau-pulau besar di Jepun. Setelah sekian lama, Izanami melahirkan beberapa pulau lagi dan beberapa Kami (Dewa). Ketika Izanami melahirkan Kagu Tsuchi (Dewa api) dia telah terbakar dan menyebabkan kematianya. Izanami dimakamkan di Gunung Hiba. Oleh disebabkan terlalu sedih dan kesal, Izanagi telah membunuh Dewa Kagu Tsuchi lalu mengerat lapan dan dibuang lalu menjadi gunung berapi.

Oleh kerana tidak mampu hidup seorang diri, Izanagi pergi ke Yomi (neraka) untuk mencari isterinya Izanami, setelah beberapa lama mencari akhirnya dia menemukan Izanami yang diselimuti dengan kegelapan. Izanagi meminta isterinya untuk pulang dan tinggal bersamanya, namun Izanami mengatakan bahawa sudah terlambat, kerana dia sudah memakan makanan dari Yomi dan itu menyebabkan dia sudah menjadi sebahagian dari Yomi dan tidak dapat dihidupkan kembali di dunia.

Walaupun demikian, Izanagi tidak mahu meninggalkan isterinya, lalu dia mengambil sehelai bulu dan menyalakan obor namun dia terkejut melihat rupa Izanami yang dahulu cantik tetapi sekarang telah menjadi seperti mayat yang membusuk. Setelah melihat, Izanagi berteriak dan melarikan diri, Izanami bangun dan mengejar suaminya, ketika Izanagi sampai di pintu gua Yomi, dia telah menghancurkannya dan menutupnya dengan batu supaya Izanami tidak boleh keluar lagi dari situ.

Setelah keluar dari neraka Yomi, Izanagi melakukan Misogi (ritual mandi) untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada dirinya ketika berada di dalam Yomi. Ketika sedang membasuh mata kirinya, maka terlahirlah dewa matahari (Amaterasu), saat mencuci mata kanannya terlahir Tsukuyomi (Dewa Bulan), dan saat mencuci hidung, terlahirlah Susanoo (Dewa laut dan angin). Ketiga-tiga Kami (Dewa) itu disebut sebagai Mihashira-no-Uzu-no-Miko yang menerima tugas daripada Izanagi untuk menguasai bumi.

Lakaran Susanoo, dewa laut dan angin

Misogi (ritual mandi) untuk menghilangkan kotoran yang melekat pada dirinya ketika berada di dalam Yomi. Ketika sedang membasuh mata kirinya, maka terlahirlah dewa matahari (Amaterasu), saat mencuci mata kanannya terlahir Tsukuyomi (Dewa Bulan), dan saat mencuci hidung, terlahirlah Susanoo (Dewa laut dan angin). Ketiga-tiga Kami (Dewa) itu disebut sebagai Mihashira-no-Uzu-no-Miko yang menerima tugas daripada Izanagi untuk menguasai bumi.

Kepercayaan

Selain percaya kepada mitos penciptaan dewa dan pulau, Shinto juga memiliki kepercayaan yang lain. Shinto terkenal dengan agama yang menyembah dewa-dewa. Semua roh atau semangat dianggap memiliki daya kuasa yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Daya kekuasaan itu akan dipuja dan dipanggil dengan nama “Kami”.

Istilah “Kami” dalam agama Shinto dapat dimaksudkan dengan ‘Teratas’, demikian itu perkataan “Kami” dapat diertikan dengan maksud Dewa. Dewa-dewa dalam agama Shinto jumlahnya tidak terbatas, bahkan sentiasa bertambah mengikut perkembangan budaya mereka. Perkara ini disebut dengan istilah “Yao-Yarozuno Kami” yang bermaksud lapan juta dewa.

Selain daripada Kami atau dewa-dewa utama yang dibincangkan sebelum ini, mereka juga percaya kepada dewa-dewa yang lain. Antara contoh Kami-Kami yang lain yang berasal dari semangat alam antaranya adalah :

1) “Kami” dari langit,
2) “Kami” dari petir,
3) “Kami” dari bulan,
4) “Kami” dari kilat,
5) “Kami” dari sungai,
6) “Kami” dari gunung,
7) “Kami” dari pohon,
8) “Kami” dari tanah,
9) “Kami” dari laut
10) “Kami” dari angin dan sebagainya.

Kesemua Kami ini memiliki nama tersendiri. Penganut Shinto juga mengakui bahawa adanya dewa bumi dan dewa langit. Manakala dewa yang tertinggi dari kalangan Kami adalah Dewi Matahari iaitu Ameterasu Omikami yang dikaitkan dengan pemberi keamaman dan kesejahteraan serta kemajuan dalam bidang pertanian mereka. Sebab itu bendera rasmi Jepun menggunakan simbol matahari kerana selain daripada mereka negara pertama menerima terbitan matahari ia juga berfaktorkan kepada kepercayaan Ameterasu Omikami.

Image result for japan flag
Bendera Jepun yang berkait dengan kepercayaan Shinto

Disamping itu, mereka juga mempercayai bahawa wujudnya kuasa ghaib yang jahat. Kuasa jahat inilah yang memberi kecelakaan dan sial mengikut kepercayaan mereka. Ia dikenali roh-roh hantu jahat yang disebut dengan nama Aragami yang bermaksud roh yang ganas dan jahat. Dualisme ini saling berlawanan diantara satu sama lain yakni “Kami” melawan Aragami (Dewa roh jahat) sebagaimana kepercayaan dualisme dalam agama Zoroaster (Ahura Mazda dan Ahriman).

Selain itu juga Shinto juga percaya kepada wujudnya syurga dan neraka. Syurga dikenali sebagai Tamakagahara manakala neraka pula dikenali sebagai Yomi. Apabila manusia mati mereka akan ditempatkan ke Yomi atau Tamakagahara.

Ajaran

Bagi melakukan ritual penyembahan kepada Kami, mereka hendaklah melakukan di tempat-tempat suci awam atau di tempat-tempat suci rumah ibadat kecil yang dikenali sebagai Kamidana. 

Image result for kamidana
Kamidana

Dalam agama Shinto mengajarkan kepada penganutnya agar melakukan upacara penyucian yang dipanggil Harae atau Harai. Ia adalah sebahagian penting dalam agama Shinto. Ia dilakukan secara harian, mingguan, bermusim, dan juga tahunan. Ini kerana mereka percaya bahawa semua manusia ‘berjunub’ apabila melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Setiap kali melakukan Harae mereka hendaklah mempersembahkan (Shinsen) makanan seperti buah-buahan, ikan, dan sayur-sayuran, Tamagushi (dahan pokok sakaki), Shio (garam), Gohan (beras), Mochi (beras kek), dan Sake (arak beras) adalah persembahan yang sinonim dilakukan.


Dalam agama Shinto mengajarkan kepada penganutnya agar melakukan upacara penyucian yang dipanggil Harae atau Harai. Ia adalah sebahagian penting dalam agama Shinto. Ia dilakukan secara harian, mingguan, bermusim, dan juga tahunan. Ini kerana mereka percaya bahawa semua manusia ‘berjunub’ apabila melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Setiap kali melakukan Harae mereka hendaklah mempersembahkan (Shinsen) makanan seperti buah-buahan, ikan, dan sayur-sayuran, Tamagushi (dahan pokok sakaki), Shio (garam), Gohan (beras), Mochi (beras kek), dan Sake (arak beras) adalah persembahan yang sinonim dilakukan.

Dalam agama Shinto mengajarkan kepada penganutnya agar melakukan upacara penyucian yang dipanggil Harae atau Harai. Ia adalah sebahagian penting dalam agama Shinto. Ia dilakukan secara harian, mingguan, bermusim, dan juga tahunan. Ini kerana mereka percaya bahawa semua manusia ‘berjunub’ apabila melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Setiap kali melakukan Harae mereka hendaklah mempersembahkan (Shinsen) makanan seperti buah-buahan, ikan, dan sayur-sayuran, Tamagushi (dahan pokok sakaki), Shio (garam), Gohan (beras), Mochi (beras kek), dan Sake (arak beras) adalah persembahan yang sinonim dilakukan.

Manakala bagi mereka yang ingin ke kuil Shinto maka mereka perlu melakukan beberapa ritual yang dikenali sebagai Omari seperti tunduk hormat di pintu masuk kuil. Kebiasaan di dalam kuil tersebut akan ada kawasan untuk membasuh tangan yang disediakan. Ia dipanggil ritual Temizu iaitu mengambil gayung di tangan kanan dan mencedok air dan tuang sedikit ke tangan kiri, kemudian memindahkan gayung untuk tangan kiri dan tuangkan sedikit ke tangan kanan. Setelah itu dituang sedikit di kepala. Kemudian ambil air dan berkumuh dan meludah secara bersembunyi.

Image result for shinto japan

Dalam Shinto juga ada anjuran untuk melakukan tarian dan muzik yang dipanggil sebagai upacara Kagura. Tarian dan muzik Kagura ini dilakukan untuk dipersembahkan kepada Kami mereka. Dalam ibadah Shinto mereka tidak ada ritual sembahyang khusus seperti sujud. Mereka hanya berdoa sahaja.[4]

Kitab Suci

Dalam agama Shinto mereka tidak ada kitab suci seperti agama-agama lain. Mereka tidak memiliki kitab yang menjadi dasar kepada inti ajaran mereka. Akan tetapi pada abad ke 8 M terdapat kitab yang ditulis yang dianggap kitab utama Shinto tetapi ia tidak diketegorikan sebagai kitab suci iaitu:

1) Kojiki (Sejarah Purba) asas kepada sejarah Shinto yang bertulis. Ia disusun pada tahun 712 M.

2) Shoku Nihongi dan Nihon Shoki (Sejarah Jepun) yang ditulis oleh orang yang sama penulis Kojiki.

3) Rikkokushi (Sejarah Enam Negara) yang merangkumi Shoku Nihongi dan Nihon Shoki

4) Jinno Shotoki (kajian Shinto, politik Jepun dan sejarah) yang ditulis pada abad ke-14

Keempat-empat kitab ini tidak mewakili agama Shinto secara khusus tetapi ia dikira sebagai subjek penulisan sejarah yang berharga menjadi asas kepada wajah agama Shinto. Adapun kitab Kojiki dan Shoku Nihongi itu tidak diketahui siapakah penulisnya, ada sebahagian mengatakan ia ditulis oleh seorang bangsawan yang bernama Ono Yashumaru akan tetapi tidak ada bukti yang kukuh menyokong kenyataan itu.

Kitab Kojiki dan Nihongi menghuraikan tentang kehidupan di alam kayangan para dewa dan dewi sampai kepada Amaterasu Omikami (dewa matahari) dan Tsukiyomi (dewa bulan). Lalu keduanya diangkat untuk menguasai langit manakala Jimmu Tenno diangkat untuk menguasai tanah yang subur (bumi Jepun) lalu disusuli dengan sisilah keturunan Mahajara Jepun itu beserta riwayat hidup satu persatu. Sepertimana telah dibincangkan sebelum ini dalam bahagian mitos Jepun. Di dalam kata pendahuluan kitab Kojiki, penulisnya menyatakan bahawa dia seorang bangsawan tingkat lima di istana, yang menerima perintah Maharaja untuk menyusun riwayat hidupnya dan silsilah keturunan Maharaja.

Manakala dalam kitab Rikkokushi dan Jinno Shotoki pula membawa kisah-kisah legenda, nyanyian-nyanyian kepahlawanan, beserta sajak-sajak tentang asal usul kedewaan, asal usul kepulauan Jepun dan kerajaan Jepun.

Shinto Kini

Shinto di Jepun begitu gah pada zaman pemerintahan dinasti Meiji. Majoriti masyarakat Jepun menganut agama ini. Akan tetapi situasi beragama di Jepun sudah banyak berubah terutama selepas berlaku perang dunia kedua. Dalam tempoh enam puluh tahun ini keberadaan agama di Jepun seakan tidak diendahkan oleh masyarakat mereka. Di samping pengaruh fahaman sekular yang menyerap masuk ke Jepun, masyarakat Jepun pada hari ini kurang tertarik dengan agama Shinto. Bagi mereka bab agama bukan sesuatu yang perlu dikritiskan. Ada sebahagian mereka menolak konsep penciptaan sepertimana diceritakan di dalam kitab Kojiki kerana menurut mereka ia tidak masuk akal sama sekali.

Image result for shinto japan practioner

Walaupun begitu mereka tetap mengamalkan ritual Shinto yang lain dan beranggapan ia adalah adat budaya yang sinonim dengan masyarakat Jepun. Menurut kajian Religions Web hanya terdapat sekitar 2 000 000 orang atau 3 peratus dari penduduk Jepun yang benar-benar mengaku menganut Shinto. Sebahagian yang lain mereka hanya sekadar menurut apa yang dinamakan sebagai tradisi. Nilai kerohanian Shinto seakan menghilang di negara itu.

Shinto hakikatnya banyak terkesan dengan gerakkan agama Buddha dan ajaran falsafah dari China. Sekira ditakdir ajaran Buddha tidak sampai ke Jepun, kemungkinan besar struktur ajaran Shinto tidak akan terbentuk sekompleks hari ni dan masyarakat mereka akan terus dengan bentuk kepercayaan animisme lama mereka seperti di zaman Yayoi (400 SM-300 M) dan zaman Kofun (300-700M).[5]

Sebab itu terdapat ramai ahli teologi dan pengkaji falsafah tidak mengkelaskan Shinto sebagai sebuah agama kerana Shinto dianggap sebuah kepercayaan budaya yang berkembang mengikut zaman. Antaranya yang berpandangan sedemikian adalah Ninian Smart di dalam bukunya World Philosophies di mana beliau mengkelaskan Shinto adalah sebuah kepercayaan asal masyarakat Jepun kuno yang berlaku sinkretisme dari falsafah China dan ia tidak tergolong dalam agama. Malah Shinto juga tidak memiliki kitab suci seperti agama-agama lain menyebabkan struktur agama mereka sering berubah-ubah.


Nota kaki:
________________________
[1] Lihat tulisan jurnal Christopher Partridge, (2004). Encylopedia of New Religions, A Lion Book, England, hlm 217-219
[2] Lihat Dr. HOK Rahmat (2008). Dari Adam Sampai Muhammad, Pustaka Aman Press, Kelantan, hlm 95-99
[3] Lihat Lihat Helen Hardacre, (2017). Shinto: A History, Oxford University Press, USA, hlm 381 / Lihat juga Sufa’at Mansur, (2011). Agama-Agama Besar Masa Kini, Pustaka Pelajar, Yogyakarta, hlm 134
[4] Lihat Sami Abdullah al Maghluts (2009). Atlas Agama-Agama, PT Almahira, Indonesia, hlm 577
[5] Lihat Helen Hardacre, (2017). Shinto: A History, Oxford University Press, USA, hlm 18-23

R&D Team Multiracial Reverted Muslims

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close