Pemilik Restoran Muslim di Amerika Sedekah Makanan Percuma Setiap Hari Sebagai Ibadat Kepada Allah

Sakina Halal Grill di D.C kelihatan seperti sebuah restauran biasa, namun ia sebenarnya lebih daripada sekadar tempat membeli makanan.
Pemilik restauran tersebut, Kazi Mannan yang merupakan seorang Muslim, miliki misi murni yang sangat menyentuh hati.
Restoran Pakistan popular ini memberi makan kepada orang gelandangan dan miskin setiap hari, secara percuma, dan tanpa pilih kasih.
Seorang lelaki gelandangan malah datang ke restoran ini dua kali sehari, selama empat tahun berterusan
Lebih mengagumkan, pemilik restoran tersebut sudah pun mengenali hati budi dan kegemaran orang – orang miskin gelandangan yang datang ke premis beliau.
Kami miliki begitu ramai orang yang seolah – olah pelanggan tetap kami. Jadi kami mengenal mereka, dan kami tahu apa mereka suka. Ada antara mereka yang ada masalah gigi, lalu kami berikan mereka ayam tanpa tulang yang lembut.
Pada tahun lepas saja, mereka berikan 16 000 makanan percuma.

Pada suatu masa, saya berada dalam situasi mereka di mana saya tiada duit untuk makan. Saya lalu sebuah restoran, tapi saya tak mampu untuk masuk.
Niat sebenar pemilik tersebut ternyata sangat murni.
Saya cuba untuk beribadat kepada Maha Pencipta melalui (sedekah) makanan.
Pelanggan – pelanggan berbayar beliau menampung kos beliau untuk memberikan makanan percuma.
Saya mahu orang untuk tak takut menyayangi orang lain, untuk mengasihi dan untuk berkongsi. Ia akan berikan kegembiraan kepada hidup anda. Apabila anda mengasihi manusia lain, ia perkara yang sangat indah.
One Comment