LGBT

Video Ahli Politik Muslimah Berhijab Naikkan Bendera Pelangi Cetus Kemarahan Umat Islam

Kerjasama Muslim – Lgbt di Barat sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila seorang timbalan Dato Bandar di Bow West Tower Hamlets, yang berhijab, menaikkan bendera pelangi lambang LGBT.

Asma Begum turut mengatakan bahawa beliau ‘berbangga’ dapat menaikkan bendera tersebut.

Hal ini mencetuskan kemarahan umat Islam yang bertegas mengatakan bahawa amalan kaum Lut tersebut bukan sahaja diharamkan, malah dilaknat di dalam al Quran.

Firman Allah SWT:

أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil (yang tidak mengetahui akan akibatnya)”.

(Surah al-Naml: 55)

Begitu juga sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا

Maksudnya: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Luth, (Baginda mengulanginya sebanyak tiga kali)”.

(Riwayat Ahmad, no. 2913)

Isu ini sekali lagi menunjukkan bahawa sememangnya terdapat krisis moral dan prinsip terhadap Muslim di Barat yang berlumba – lumba mendapatkan kuasa politik dengan mengorbankan pegangan agama.

Seorang sarjana Muslim menyeru agar Muslim berhenti mengejar jawatan sehinggalah mereka memutuskan prinsip mana satu yang mereka ikuti.

Koalisi yang dibuat antara Muslim dengan kumpulan LGBT di Barat biasanya dibuat dengan alasan kesatuan sesama kumpulan minoriti.

Kumpulan LGBT tersebut dianggap membantu kumpulan Muslim dalam isu – isu penindasan dan rasisme serta xenophobia.

Namun kemudian, sudah tentu, kumpulan Muslim tersebut pula yang diharapkan untuk menyokong dan membantu kumpulan LGBT tersebut apabila tiba giliran mereka. Dan sudah tentu, kumpulan Muslim tersebut tidak sanggup mengatakan bahawa al Quran melaknat perbuatan mereka.

Akhirnya ia membawa kepada kumpulan Muslim mempertahankan perbuatan LGBT tersebut seraya berbangga dengan perbuatan tersebut.

Mereka kemudian merubah tafsiran terhadap ayat al Quran dengan pelbagai tafsiran ikutan nafsu, hanya kerana mahu menjaga hati ‘rakan’ mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close