Kristian

Ini Cara Misionari Kristian Ber’dakwah’ di LRT

Sebuah rakaman mengenai aktiviti ‘dakwah’ misionari Kristian di LRT telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial.

Hazwan Mohamad, yang juga merupakan presiden Profesional Muslim Community, mengatakan bahawa rakaman tersebut dibuat ketika beliau pulang dari tempat menaiki LRT.

KISAH PEMUDA MISIONARI================Saya nak kongsikan sedikit cerita ketika perjalanan balik dari tempat kerja menaiki LRT hari ini. Sedang asyik saya membelek mesej-mesej di telefon, mata saya terarah kepada dua pemuda berpakaian kemeja putih kemas bertali leher. Dari segi pakaiannya memang saya kenal sangat. Mereka tidak lain tidak bukan adalah misionari Kristian. Pakaian tampak kemas, cuma muka kelihatan sedikit muram. Barangkali, penat 'berdakwah' disiang hari. Salah seorang dari mereka berdua mendekati pemuda Cina yang berdiri dekat dengan saya. Si pemuda misionari memula bicara. Menyapa penuh mesra, bertanya khabar, kerja di mana. Cuba-cuba berbahasa Mandarin sedikit sambil mengucap Gong Xi Fa Cai pada pemuda Cina yang didekatinya.Sebelum mengakhiri perbualan, pemuda misionari ini memberi nombor telefonnya untuk disimpan oleh pemuda Cina itu dan menyuruh pemuda itu membuat panggilan 'miscall'. Saya percaya ia adalah ‘modus operandi dakwah’ mereka yang berobjektifkan mahu kenal seramai mungkin, dan dapatkan detail sekurang-kurangnya nombor telefon dan nama. Supaya mudah selepas ini untuk menyampaikan informasi berkaitan.Kebetulan, pemuda misionari berdua itu turun distesen yang sama dengan saya. Sebelum keluar dari koc, saya sempat mendengar pemuda misionari itu mempromosi Church mungkin tempat mereka beroperasi kepada pemuda Cina tadi.Dek keran tidak ramai orang ketika distesen LRT, saya menegur kedua-dua pemuda misionari itu. Sempat bertanya beberapa soalan. Mereka berdua dari Amerika Syarikat. Seorang mengaku sudah 2 tahun di Malaysia (tahun terakhir sebelum 'graduate' misionari) dan seorang lagi yang menyapa pemuda Cina dalam koc tadi katanya baru 9 hari menjejak kaki di Malaysia. Sebelum itu di Singapura katanya, Saya buat-buat tanya, "Do you guys know that in Malaysia it is illegal to preach any Muslim about your religion?". Mereka mengakui tahu hal tersebut. Saya pernah berjumpa banyak kali juga beberapa tahun yang lalu pemuda misionari ini disekitar Taman Jaya sedang mengedar risalah dan berdakwah kepada orang Islam. Saya pernah tulis dalam FB beberapa tahun lalu berkenaan dengan ini. Cuma, ada satu perkara yang saya muhasabah. Betapa hari ini, tugas dakwah dalam kalangan umat Islam sangat terpencil. Kita kadangkala takut-takut, segan-segan untuk menyapa saudara kita sendiri. Untuk mengajak berbuat amal kebaikan dan menyeru ke jalan Tuhan. Dengan sesama muslim pun kita segan-segan berdakwah, apatah lagi dengan sahabat non-muslim kita.Pemuda misionari berdua itu memberi kesan, dalam kepenatan mahu pulang kerumah merehatkan diri, masih sempat 'approach' targeted focal dakwah mereka. Sedang kita?…. Saya ingin merakamkan jutaan tahniah saya buat sahabat-sahabat dalam NGO seperti PEACE Islamic Da'wah Centre Of Excellence yang membawa pendekatan dakwah kepada non-muslim tentang indahnya Islam dan juga NGO Dakwah & Tarbiah Ikatan Muslimin Malaysia yang sentiasa konsisten dalam menyeru umat Islam kembali ke jalan Tuhannya. Dan banyak lagi NGO-NGO yang punyai tujuan yang sama. Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk perbaiki diri dan melaju dalam amal dakwah dan tarbiah.“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu pula beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik” (Ali Imran: 110)

Posted by Hazwan Mohamad on Thursday, 7 February 2019

Rakaman tersebut menampilkan dua orang pemuda Inggeris yang berpakaian kemas berkemeja putih, bertali leher yang mengepilkan sebuah buku, dipercayai buku agama, pada poket hadapan kemeja mereka.

Salah seorang daripada mereka kemudian mendekati seorang pemuda Cina dan kemudian menceritakan mengenai Jesus kepadanya.

Lebih mengejutkan, apabila pemuda Inggeris tersebut kemudian bertutur dalam Bahasa Mandarin kepada pemuda Cina tersebut.

Sebelum mengakhiri perbualan, pemuda misionari ini memberi nombor telefonnya untuk disimpan oleh pemuda Cina itu dan menyuruh pemuda itu membuat panggilan ‘miscall’.

Saya percaya ia adalah ‘modus operandi dakwah’ mereka yang berobjektifkan mahu kenal seramai mungkin, dan dapatkan detail sekurang-kurangnya nombor telefon dan nama. Supaya mudah selepas ini untuk menyampaikan informasi berkaitan.

Saudara Hazwan kemudian sempat menegur kedua – dua misionari tersebut dan bertanyakan soalan.

Ternyata, mereka berdua dari Amerika Syarikat. Seorang mengaku sudah 2 tahun di Malaysia (tahun terakhir sebelum ‘graduate’ misionari) dan seorang lagi yang menyapa pemuda Cina dalam koc tadi katanya baru 9 hari menjejak kaki di Malaysia. Sebelum itu di Singapura katanya.

Saya buat-buat tanya, “Do you guys know that in Malaysia it is illegal to preach any Muslim about your religion?”. Mereka mengakui tahu hal tersebut.

Menurut Hazwan, perkara ini sepatutnya dimuhasabah oleh Muslim.

Betapa hari ini, tugas dakwah dalam kalangan umat Islam sangat terpencil. Kita kadangkala takut-takut, segan-segan untuk menyapa saudara kita sendiri. Untuk mengajak berbuat amal kebaikan dan menyeru ke jalan Tuhan. Dengan sesama muslim pun kita segan-segan berdakwah, apatah lagi dengan sahabat non-muslim kita.

Related Articles

One Comment

  1. awak tak perlu kecamkan orang missionary, sebab dia perkerjaan untuk tuhan dan tidak dibayar gaji. so saya bercakap dengan ini sebab saya ahli gereja, saya tahu bahawa ramai anggap ajaran ini sesat, tapi bagi orang-orang islam tidak pernah ganggu pon melainkan kamu yang cari masalah. kita ada pilihan sama ada mahu ikut atau pon tidak. dan ini untuk orang kristian je. so jangan buat berita yang tidak benar. jika awak menyebarkan tidak benar awak akan didakwa undang-undang kerana anda menbuat berita palsu, cubaan mengugut dan hina agama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close