Ateis

Lebih 1000+ Saintis PhD Tandatangani Petisyen Meragui Teori Evolusi Darwin

Suatu ketika dahulu, sebuah siri bertajuk ‘Evolution‘ terbitan PBS pernah mengeluarkan kenyataan berikut:

Semua saintis di dunia mempercayai kebenaran teori evolusi Darwin

Kenyataan ini kemudian disangkal oleh Discovery Institute, yang mengumpulkan 100 saintis PhD untuk menandatangi bantahan terhadap kenyataan tersebut yang kerap kali dipopularkan oleh program TV, perangka polisi pendidikan dan buku teks sains.

Mereka kemudian menyedari bahawa sebenarnya terdapat banyak lagi saintis di seluruh dunia yang berkongsi keraguan yang sama terhadap teori tersebut, dan berani untuk menyatakannya kepada orang awam.

Maka senarai tersebut ditambah dan dikumpulkan dalam laman web dissentfromdarwin.org dan kini lebih 1000+ saintis telah menyuarakan secara terbuka bahawa mereka:

Meragui klaim bahawa mutasi rawak (random mutation) dan pemilihan semula jadi (natural selection) mampu menerangkan kompleksiti kehidupan. Penelitian terhadap bukti – bukti teori Darwin perlu digalakkan.

Terdapat bantahan saintifik terhadap Darwinisme. Bantahan ini layak didengari.

“Disebabkan tiada saintis yang mampu menunjukkan bagaimana mekanisme Darwin mampu menghasilkan kompleksiti kehidupan, maka wajarlah setiap saintis untuk berlaku skeptik” kata ahli biologi Douglas Axe. “Namun memandangkan kebanyakan mereka tak mahu mengakui perkara ini, maka ia mendedahkan kesan tidak sihat pengaruh sosial terhadap kajian saintifik”

Petisyen ini bukanlah petisyen biasa – biasa yang boleh ditandatangani oleh sesiapa sahaja. Untuk menambah nama anda dalam senarai, anda perlu sekurang – kurangnya memiliki Ph.D dalam bidang saintifik seperti biologi, kimia, matematik, kejuruteraan, sains komputer, atau mana – mana sains semula jadi; atau memegang M.D dan berkhidmat sebagai profesor perubatan.

Antara petikan senarai nama – nama yang menandatangani petisyen tersebut.

Banyak nama yang menandatangani terdiri daripada profesor dan pengkaji universiti terkemuka dunia yang mahu mengubah status quo kedudukan teori Darwin dalam komuniti saintifik yang menganggap teori tersebut sebagai satu kebenaran agama yang tidak boleh berubah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close