Islamofobia

Ahli Politik Belanda Pembenci Islam Akhirnya Memilih Menjadi Muslim

Seorang bekas ahli parti berhaluan kanan pembenci Islam Belanda mengumumkan baru – baru ini beliau memeluk Islam.

Joram Van Klaveren mengatakan beliau membuat perubahan agama tersebut ketika menulis sebuah buku tentang Islam.

Ketika menulis buku tersebut, saya menyedari banyak hal yang menjatuhkan pandangan buruk saya terhadap Islam.

Van Klaveren sebelum ini merupakan pengkritik keras Islam yang mengatakan “Islam adalah satu penipuan!” dan “Quran adalah racun”

Apabila ditanya oleh wartawan akhbar sama ada beliau menyesali kenyataan lama tersebut, Van Klaveren mengatakan bahawa “itu salah sama sekali”, seraya mengakui bahawa:

Itu sememangnya polisi parti Freedom Party (PVV), semua yang buruk mesti dikaitkan dengan Islam walau bagaimanapun caranya.

Seorang lagi bekas pegawai Freedom Party yang juga mengumumkan penukaran agama beliau kepada Islam, Arnoud van Doorn, mengucapkan tahniah kepada Van Klaveren di Twitter.

Tak sangka – sangka Freedom Party menjadi tempat melahirkan saudara baru.

Mereka merancang, tetapi perancangan Allah lebih hebat.

Related Articles

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close