Hukum Islam

Ini Perkara yang Boleh Dibuat, dan Tak Boleh Dibuat Pada Tahun Baru Cina Sebagai Muslim

Antara persoalan yang pastinya bermain di minda seorang Muslim menjelang perayaan Tahun Baru Cina adalah “Apa perkara yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat?”

Dengan kata lain, apakah Dos & Don’ts Tahun Baru Cina buat seorang Muslim?

Menurut Firdaus Wong, soalan sebegini bagus kerana mereka berniat mahu berdakwah tetapi pada masa yang sama, tidak mahu melanggar sebarang syariat Islam semata-mata untuk berdakwah.

Berikut adalah perkara yang boleh dibuat, dan tak boleh dibuat pada Tahun Baru Cina sebagai seorang Muslim, menurut Ustaz Firdaus Wong.

Boleh Dibuat

Sambutan Tahun Baru Cina Perkim
  • Sebelum pergi hubungi tuan rumah terlebih dahulu 
  • Digalakkan bawa buah tangan apabila melawat khususnya buah dan makanan (sudah tentu yang Halal)
  • Boleh menikmati jamuan yang disediakan selagi yakin ianya adalah halal. Jikalau tidak yakin, maka beritahu masih kenyang dan ambil kekacang lain sebagai tanda hormat kepada tuan rumah 
  • Bagi yang bujang, boleh menerima angpau dari tuan rumah
  • Digalakkan membalas pemberian angpau dari tuan rumah dengan memberikan kepada ahli keluarganya yang masih bujang bukan kepada yang telah berkahwin
  • Ambil peluang untuk berdakwah dengan akhlak dan juga lisan

Tak Boleh Dibuat

Image result for baju hitam
Tidak digalakkan memakai baju hitam ketika Tahun Baru Cina, sebagai tanda menghormati kepercayaan masyarakat Cina.
  • Jangan ziarah tanpa memaklumkan kepada tua rumah akan kehadiran kita.
  • Jangan mengajak orang lain turut serta yang tidak dikenali oleh tuan rumah tanpa mendapat izin tuan rumah
  • Elakkan pakai pakaian berwarna hitam kerana mungkin ada segelintir masyarakat Cina yang pantang warna hitam menurut mereka adalah warna sial. Kita sebagai Muslim tidak percaya akan itu tetapi sebagai tanda menghormati mereka.
  • Elakkan bercakap topik berkaitan kemalangan, kematian dan malapetaka mahupun politik. Itu taboo untuk masyarakat Cina terutamanya pada Tahun Baru Cina
  • Jangan memberikan hadiah dalam bentuk buku dan jam kerana buku (shu) dalam bahasa Cina memiliki bunyi yang sama dengan kalah (shu).
  • Jangan duduk di rumah terlalu lama sehingga menganggu tuan rumah walaupun kebiasaannya tuan rumah akan suruh kita duduk lagi tetapi adab dalam Islam perlu diutamakan.
  • Jangan terlibat sama sekali dalam sebarang aktiviti yang kita tidak tahu atau kurang pasti terutamanya yang melibatkan upacara keagamaan.
  • Jangan duduk bersama di meja yang sama tatkala mereka sedang berjudi dan meminum arak (kalau ada)
  • Jangan terlalu asyik berziarah sehingga terlepas solat fardhu. 
  • Jangan mengambil penyapu untuk membantu tuan rumah menyapu rumah terutamanya pada Tahun Baru Cina hari pertama dan kedua kerana mereka memiliki pantang tidak menyapu pada dua hari pertama Tahun Baru Cina.

Jadikan sambutan Tahun Baru Cina ini peluang kita merapatkan ukhuwah dan memudahkan kita menyampaikan risalah Islam kepada mereka semua. Tiada hari tanpa dakwah… Kongsikan tips ini andai bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close