Islamofobia

Petition ‘Say No to Islamophobia’ Dilancar

Sebuah petition ‘Katakan Tidak Pada Islamophobia’ berlatarbelakangkan isu semasa negara Malaysia telah dilancar.

Petition tersebut yang berslogankan ‘Malaysians Agains Islamophobia’ telah dilancarkan oleh MACSA, UMMAH, Protect Malaysia, dan Malaysian Lawyers Circle.


Tandatangani petition tersebut: Malaysians Against Islamophobia


Petition tersebut diketengahkan bertitik tolak daripada pembunuhan beramai – ramai orang Islam di New Zealand baru – baru ini yang dimarakkan oleh api Islamophobia, iaitu kebencian dan prejudis terhadap Islam dan Muslim, terutama dalam bentuk daya politik.

Menurut petition tersebut, Islamophobia di Malaysia mesti dihalang dan ditangani sebelum ia berubah menjadi parah.

Amat dikesali apabila beberapa bulan kebelakangan ini, Islamophobia telah menunjukkan belangnya di Malaysia. Pertama sekali terdapat beberapa siri hantaran yang menghina Nabi Muhammad sehingga membawa kepada banyak laporan polis dan sekurang – kurangnya satu tangkapan.

Sesetengah hantaran secara jijik memanggil Nabi Muhammad sebagai ‘pedofil’. Meme tersebut jelas bertujuan menghina Islam dan Muslim. Di Eropah, hakim – hakim European Courts of Human Rights secara sebulat suara menegakkan bahawa memanggil Rasul Islam dengan label tersebut sebagai ‘serangan terhadap Nabi dalam Islam’ yang mampu ‘membangkitkan prejudis dan mengancam keharmonian agama’. Mahkamah tersebut menambah ‘penghinaan terhadap doktrin agama seperti menghina Nabi Muhammad tidak dilindungi di bawah kebebasan bersuara dan boleh dihukum.

Jika Mahkamah Eropah boleh mengiktiraf bahawa kenyataan Islamofobik tersebut sebagai hate speech, apatah lagi perlunya di sini di negara majoriti Muslim. Hukumannya perlu lebih keras ….

Petition tersebut juga mengecam perkembangan terbaru politik negara yang mengisytiharkan kolaborasi parti politik sebagai ‘deklarasi perang’ terhadap semua orang Melayu bukan Islam sedangkan terdapat kenyataan lain yang menyamakannya seperti gerakan Taliban.

Tandatangani petition tersebut: Malaysians Against Islamophobia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close