Islamofobia

Ironi – Kes Keganasan Pertama Czech Dilakukan Lelaki Anti Islam Yang Menyamar Muslim

Seorang lelaki Czech yang menumbangkan batang pokok untuk menghalang laluan keretapi seraya mengakibatkan pelanggaran dua keretapi penumpang telah dipenjara 4 tahun atas tuduhan keganasan.

Jaromir Balda, 71

Bukan itu saja, Jaromir Balda yang telah pencen itu juga berusaha untuk mempamerkan kes keganasan itu seolah – olah dilakukan Muslim dengan cara:

  • Menyebarkan pamplet palsu seolah – olah jenayah tersebut dilakukan oleh pengganas Muslim.
  • Menulis ‘Allahu Akbar’ di tempat kejadian
  • Menggunakan ayat Czech yang sengaja dibuat tidak fasih, untuk mengancam ‘kafir anjing’.

Balda mengatakan kepada mahkamah bahawa dia tidak mahu melakukan keganasan, sebaliknya mahu menghalangnya.

Insiden tersebut menjadi titik perdebatan mengenai bahaya kempen anti – Islam yang dijalankan selama ini di negara tersebut.

Namun sudah pasti, lelaki tersebut dilabel sebagai ‘bermasalah mental’ dan ‘keliru’ lantaran ubat – ubatan yang diambil.

Tindakan keganasan tersebut tidak menyebabkan sebarang kemalangan serius, namun pakar laluan keretapi mengatakan ‘nasib baik’ yang tidak memisahkan keretapi tersebut pada laluannya.

Lebih ironi, itu adalah kes keganasan pertama di Republik Czech.

Bermakna, kes keganasan pertama di negara tersebut bukan dilakukan oleh seorang Muslim, tetapi seorang lelaki yang dipengaruhi propaganda anti Islam haluan kanan.

Apabila Allah ingin memalukan seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close