Liberal

Perbalahan Sesama Liberal Semakin Meruncing

Setelah membuatkan kenyataan akhbar bahawa BFM hanya sekadar memecat pelaku jenayah seksual daripada stesen radio tersebut, terdapat banyak pihak yang menyuarakan bantahan terhadap tindakan ‘ringan’ dan ‘berlepas tangan’ BFM89.9.

BFM dipersoal kerana tidak membawa kes rogol dan jenayah laku seksual tersebut kepada polis, di samping menyorok perbuatan tersebut di belakang siasatan dalaman.

Ramai juga yang membangkitkan kebimbangan bahawa dengan tindakan lepas tangan tersebut, kini sekumpulan perogol yang tidak dikenali berlegar di kalangan masyarakat.

Begitu juga, sikap hipokrasi liberal yang menutup mata terhadap perbuatan tersebut, tidak memainkan isu yang sudah berlanjutan beberapa tahun itu, serta sekadar tidak melayan kes dengan alasan ‘pengadu tidak membuat laporan’ menjadi kecaman pengguna media sosial.

Image may contain: 1 person, text that says "Siti Kasim Mungkin kau orang ni terlampau penuh taik dalam kepala tu pasal kalau tak kecam orang, tak puas hati kan? Hati gelap, otak gelap sampai baca pon tak boleh. Cuba baca apa yang pengadu nak sebenarnya? Pengadu tidak mahu perkara ini berlanjutan. Because you are too blardy stupid to understand that without the cooperation of the complainant, any sexual offences cases will fail. There's really no cure for stupidity. 5 5h Like Reply"

Siti Kasim sekadar memberikan alasan bahawa ‘pengadu tidak mahu perkara ini berlanjutan’.

Namun rupa – rupanya sikap talam dua muka yang dipamerkan golongan liberalis ini turut mendatangkan perbalahan di kalangan mereka, seperti yang disuarakan oleh wartawan malaymail Boo Su Lyn.

“Golongan Liberal Sudah Pergi Terlalu Jauh!”

Boo Su Lyn, seorang wartawan malaymail yang kerap kali menulis pandangan berhaluan kiri, menyokong sekularisme, feminisme, yang pernah mencetus pelbagai kontroversi mengkritik pengamalan agama Islam di Malaysia mungkin merupakan orang terakhir kita fikir akan mengecam bulatan liberal.

Namun beliau juga sendiri kini merasakan golongan liberal sudah pergi terlalu jauh.

Tak ada siapa pun yang bercakap tentang isu ini walaupun satu jenayah yang sepatutnya dihukum 20 tahun penjara didedahkan kepada umum dalam kenyataan media.

Hal ini sangat ketara apabila merujuk tahap liputan berita BFM oleh pemberita liberal. Pemberita Malaymail, Zurairi, sekadar menulis 2 baris tweet melaporkan tentang kenyataan akhbar BFM.

Bagaimanapun, sehari sebelumnya, Zurairi menulis artikel khas mengecam Mufti Wilayah kerana memanggil Safiey Ilias dengan panggilan ‘saudara’.

Boo Su Lyn juga mengecam golongan liberal yang mengatakan penyiasatan jenayah tidak patut dibuat kerana ‘menghormati mangsa rogol’

Buat apa kita mengadu tentang tahap laporan rogol yang sangat rendah kalau kita sendiri biarkan mangsa hadapi serangan seksual sendirian? … Kerana menurut sesetengah aktivis dan liberal, terpulang kepada mangsa hendak ambil tindakan kepada perogolnya atau tidak

Beliau juga mempersoalkan kesimpulan dan respon menjengkelkan sebahagian liberal terhadap kes BFM tersebut.

Adakah mereka akan melakukan reaksi tak masuk akal yang sama jika tuduhan jenayah seksual dibuat kepada media konservatif seperti Utusan? Aktivis – aktivis ini akan bukan saja hanya meminta tindakan jenayah diambil, tapi mereka juga akan minta pengurusan atasan untuk meletak jawatan!

Ternyata, kita menyangka golongan liberal ini teguh dan bersatu atas prinsip, tapi nampaknya belang sebenar mereka sudah mula terdedah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close