Kristian

Kumpulan Kristian Larang Penggunaan Lambang Salib. Dakwa Ia Simbol Pagan.

Sebuah kumpulan Kristian Jehovah Witness melarang Kristian lain daripada menggunakan lambang salib sebagai lambang agama mereka.

Menurut mereka, Kristian yang sejati tidak akan menggunakan lambang salib untuk beribadat.

Tiada bukti dalam 300 tahun terawal setelah kewafatan al Masih, wujud mereka yang mengaku Kristian menggunakan simbol palang salib untuk beribadat. Dalam abad keempat, bagaimanapun, maharaja pagan Constantine memeluk Kristian dan mempromosikan salib sebagai simbol. Apa saja motif Constantine, ia tiada kaitan dengan Jesus.

Kumpulan tersebut juga mendakwa bahawa asal usul simbol tersebut adalah daripada ajaran pagan.

Pelbagai autoriti mengaitkan lambang salib dengan amalan seksual pagan. Ia dipromosikan untuk memudahkan penganut agama pagan peluk agama Kristian.

Asal Usul Salib

Salib adalah alat yang digunakan sebagai bentuk hukuman keras ke atas kesalahan-kesalahan tertentu dan ia terkenal di bawah pemerintahan Rom. Hukuman ini sudah wujud sebelum lahirnya agama Kristian, hatta pada zaman Firaun di Mesir juga telah menggunakan hukuman salib (rujuk surah Al A’raf ayat 123-124). Salib digunakan di dalam pelbagai bentuk samada berbentuk “t”, “T” atau “X”. Dan antara individu yang terkenal di disalib pada zaman tersebut adalah nabi Isa a.s atau Jesus Christ.

Image result for roman crucifixion

Kristian zaman awal tidak pernah menggunakan salib sebagai simbol agama. Mulanya mereka menggunakan simbol berbentuk ‘ikan’ atau dikenali sebagai Pisces dan simbol ini dapat dilihat di kubur-kubur orang Kristian pada zaman awal yang menggunakan simbol ‘ikan’ tersebut.

ΙΧΘΥΣ
Kadangkala simbol ikan tersebut miliki abjad Greek
 ΙΧΘΥΣ yang bermaksud ‘ikan’

Simbol salib mula menjadi simbol agama pada zaman pertengahan Kristian. Akan tetapi ia menjadi polemik dikalangan Kristian sendiri pada ketika itu kerana ada yang menolak atas alasan terdapat unsur paganisme. Ini kerana dewa matahari Celtic dan juga Aztec adalah bersimbolkan salib.

Bible Sendiri Mencela Mereka yang Mati Di Palang Salib

Di dalam bible menceritakan soal siapa yang mati di kayu salib maka ia mati tercela:

“Maka janganlah mayatnya dibiarkan semalaman pada tiang itu, tetapi haruslah engkau menguburkan dia pada hari itu juga, sebab seorang yang digantung terkutuk oleh Tuhan; janganlah engkau menajiskan tanah yang diberikan Tuhan kepadamu menjadi milik pusakamu.” (Ulangan 21:23)

“Kristus telah menebus kita dari kutuk hukum Taurat dengan jalan menjadi kutuk kerana kita, sebab ada tertulis: “Terkutuklah orang yang digantung pada kayu salib!”(Galatia 3:13)

Itulah realiti di sebalik salib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close