Ateis

Bagaimana Menjawab Soalan ‘Boleh Tak Tuhan Cipta Batu yang Dia Tak Boleh Angkat?

Diterjemah daripada petikan tulisan Dr Shadee Elmasry

Allah mampu melakukan semua benda, tetapi benda itu mestilah suatu ‘benda’. Percanggahan seperti bulatan berbentuk petak bukanlah suatu benda. Ia hanyalah suatu perkataan tanpa makna. Dengan tidak bermakna apa – apa, ia terkeluar daripada dikelaskan sebagai ‘benda’ pun.

Dalam kelas falsafah pertama saya, Professor menulis pada projektor. Tulisan tersebut berbunyi, “Boleh tak Tuhan cipta batu yang Dia sendiri tak boleh angkat?”. Beliau kemudian kata, “Kalau Dia boleh cipta, tapi tak boleh angkat, maka Dia tidak Maha Berkuasa. Tapi kalau Dia tak boleh cipta, maka juga bermakna Dia tidak Maha Berkuasa. Kesimpulannya, idea Tuhan yang Maha Berkuasa adalah mustahil. Sekarang bawa keluar silibus kamu…”

Malangnya, tiada pula kes untuk menyaman penyalahgunaan logik. Ia patut ada, kerana mereka yang menggunakan argumen ini melakukan kesalahan fundamental, secara sedar atau tidak. ‘Boleh angkat’ bukanlah sifat sebuah batu. Itulah kesalahan yang terdapat dalam soalan ini. Batu boleh bersifat licin, kasar, merah, hitam dll. Batu boleh miliki ketinggian, kelebaran dan berat. ‘Boleh angkat’ bukanlah kategori yang anda temui dalam mana – mana buku sains apabila menerangkan mengenai batu atau hal – hal lainnya. Sama ada sesuatu boleh diangkat atau tidak ia kembali kepada orang yang mengangkat, bukan batu.

Maka, apa yang disebut oleh ahli falsafah tersebut adalah asasnya ‘bolehkan Tuhan jadikan dirinya tidak Maha Berkuasa?’. Ini melanggar definisi utama Tuhan, yang melanggar prinsip logika Identiti dan Ketidakpercanggahan, kerana definisi Tuhan itu sendiri adalah Dia Maha Berkuasa. Ini adalah antara contoh baik untuk seorang beriman menggunakan peraturan logika untuk mengelak jerat yang dihidangkan di hadapan mereka.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close