Islamofobiaisu semasa

Lelaki German Langgar Orang Syria kerana Benci Muslim. Kenapa Tidak Dilapor Media Sebagai Keganasan?

Baru – baru ini seorang lelaki telah memecut keretanya ke arah warga asing yang lalu lalang di German.

Pihak berkuasa German melaporkan insiden tersebut sebagai ‘satu serangan sengaja kepada warga asing‘. Lelaki tersebut memang menyasarkan serangannya kepada kumpulan Syria dan Afghanistan yang kemudian mencederakan mereka.

Ketika ditahan, pemandu tersebut sempat mengeluarkan maki hamun berbau perkauman. Polis mengesyaki serangan tersebut dilakukan kerana didorong sentimen Xenophobia.

Namun sudah pasti, dilaporkan juga bahawa lelaki tersebut berkemungkinan mengalami sakit mental.

Bagaimanapun, walaupun jelas dipengaruhi sentimen perkauman, xenophobia, Islamophobia dan politik, media tidak melaporkan serangan tersebut dengan label ‘keganasan’.

Laporan – laporan yang dikeluarkan tidak menggunakan label keganasan.

Layanan media terhadap insiden ini jelas tampak berbeza dengan beberapa siri kes pelanggaran sebelum itu.

Pada 19 Disember 2016, kes pelanggaran van di Berlin dianggap sebagai serangan keganasan sewaktu penyiasatan masih lagi berlangsung.

Pada 8 April 2017, sebuah trak yang dipandu melanggar pejalan kaki di Stockholm disyaki sebagai serangan pengganas.

Pada 14 Ogos 2018, seorang lelaki yang memandu keretanya melanggar penghadang parlimen UK ditahan atas tuduhan keganasan.

Persoalannya, kenapa serangan terbaru ini tidak dilabel sebagai aktiviti keganasan?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also

Close
Close