Islamofobiaisu semasa

Kutukan dan Cacian Bukan Islam Terhadap Hotel Patuh Syariah – Apa Masalah Kalian Sebenarnya?

Baru – baru ini kerajaan negeri Terengganu memperkenalkan hotel baharu iaitu Paya Bunga Hotel yang memperkenalkan prinsip patuh syariah pertama.

Patuh syariah yang dimaksudkan adalah dari semua aspek, termasuk perkhidmatan, layanan, pemakaian, penampilan dan sebagainya. Antara lain adalah, ketika berada di kolam renang hotel ini, tetamu lelaki dan wanita dikehendaki memakai pakaian menutup aurat.

Dilaporkan juga, bahawa hotel itu juga akan mengawal selia status makanan halal restorannya, memastikan pasangan yang menetap dalam satu bilik merupakan pasangan yang berkahwin, dan mempunyai sistem pembesar suara yang akan melaungkan azan ketika masuk waktu.

Ini adalah satu usaha baik untuk memenuhi keperluan orang Islam yang sering berkonflik dengan pengurusan – pengurusan hotel yang tidak mesra Islam, di samping membuka ruang menjana ekonomi.

Namun ternyata usaha ini diperli, dicaci dan dimaki oleh banyak rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, dilihat jelas menerusi komentar mereka di media sosial.

“Kalau Berani, Kutuklah Melayu dan Muslim di Hadapan Mereka!”

Cacian dan makian tersebut ternyata menggambarkan sikap biadap dan hipokrasi sebahagian bukan Islam di tanah air yang selama ini bermanis muka dengan orang Islam dan Melayu, tetapi menghina mereka di media sosial.

Hal ini disuarakan oleh Firdaus Wong yang mendedahkan sikap mereka sebagai perencat keharmonian sosial yang kita kecapi selama ini:

Apabila kerajaan Terengganu memperkenalkan hotel patuh syariah, ini merupakan hak dan strategi perniagaan mereka. Untung…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung (Official) on Tuesday, 1 January 2019

” Apabila kerajaan Terengganu memperkenalkan hotel patuh syariah, ini merupakan hak dan strategi perniagaan mereka. Untung rugi, mereka bertanggungjawab.

Siapa yang berminat dengan konsep hotel patuh syariah, mereka boleh duduk di situ. Bagi yang tidak berminat dengan hotel patuh syariah, ada hak memilih untuk tidak duduk di situ.

Namun yang kurang eloknya adalah apabila segelintir Belum Muslim pula yang lebih-lebih dalam komentar mereka? Bukan sahaja hotel patuh syariah mereka komen tetapi fatwa dan apa yang hanya berkaitan dengan Muslim pun mereka nak komen?

Anda mengelar Muslim sebagai ekstrimis dan racist bila Muslim mempertahankan agama mereka dari hinaan dan kutukan anda tetapi anda perlu melihat di cermin sikap anda yang sebenar. 

Jangan sesekali disalahkan Muslim sahaja seolah-olah Muslim sahaja yang menimbulkan perselisihan dan suasana kurang harmoni kerana itu hanya segelintir sahaja daripada mereka tetapi anda juga perlu mencermin diri sendiri yang suka masuk campur urusan agama Islam. .

Dalam sosial media anda berani tetapi bila jumpa pelanggan Muslim menyembunyikan ‘kemunafikan’ anda bagai pihak semut tak mati. 

Anda kutuk Muslim dan Melayu malas dan pelbagai lagi cacian dalam media sosial tetapi kenapa masih berurus niaga dengan Muslim yang membentuk majoriti pelanggan anda? Jikalau anda berani, katakan apa yang anda tulis dan kutuk tentang Islam & Muslim di media sosial di hadapan pelanggan Muslim & Melayu anda!

Anda pasti tidak berani kerana kutuk Muslim & Melayu tetapi masih mahu mengaut keuntungan dari Muslim & Melayu. 

Sahabat semua, jangan membiarkan segelintir Belum Muslim yang bacul itu merencatkan hubungan baik kita dengan majoriti Belum Muslim yang baik dan jujur. Kita perlu bersikap objektif dalam menilai kerana itu ajaran Islam. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”

Sikap Hipokrasi Terserlah

Tindak balas segelintir bukan Islam di media sosial juga hakikatnya menampilkan sikap pendakwaan terpilih dan hipokrasi mereka.

Ketika kecoh isu pekerja hotel bertudung tahun lepas, antara hujah yang digunakan adalah “Buka hotel sendiri” dan “Kalau kerja dengan orang, buat cara orang”. Sekarang bila dibuka hotel sendiri diperli juga.

Mohamad Jamalee – The Patriot

Begitu juga sebelum ini diumumkan bahawa Pulau Pinang akan miliki hospital patuh syariah pertama. Pengumuman ini rata – rata disambut baik dan menggambarkan ‘sikap terbuka’ kerajaan Pulau Pinang kepada ajaran Islam yang merupakan agama persekutuan.

Namun apabila dibuat oleh kerajaan Terengganu, lain pula penerimaannya.

Kerajaan DAP Pulau Pinang (cadang) bina hospital patuh syariah diangkat sebagai mesra Islam.Kerajaan PAS Terengganu bina hotel patuh syariah dituduh ekstremis agama.

Posted by Danial A. Shaari on Tuesday, 1 January 2019

Related Articles

2 Comments

  1. Cina saja yg komplen… Tak guna betoi depa nie… Mau dok pi tanya balik pasai tokong depa… Dok jamu buah apa bagai kat tokong, bukannya tokong makan pun, yg tu juga membaziaq.. Haishhh… Tapi tu lar no, satgi depa klik REPORT FB plak, hrmmm dah kena block..
    Rasanya nanti nie nak kena buat akaun FB Palsu jugak, pastu serang depa kaw kaw pnyar… Bukan untuk mencarut, tapi tarbiah keras pnyar, biaq depa sedaq betapa bodohnya sembah tokong.. InsyaAllah nanti saya buat..

Leave a Reply to Aqiem Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close