Ateis

Taktik Ateis Memadamkan ‘Tuhan’, dan Digantikan dengan Perkataan ‘Canggih’ Lain

Perhatikan ayat di bawah, yang ditulis di dalam sebuah artikel biologi bertajuk ‘Alam, Ahli Sihir IT‘.

Alam telah menemui penyelesaian optimal, dan perinciannya kita boleh baca dalam struktur anatomi kita.

Artikel tersebut menerangkan tentang kehebatan fungsi – fungsi biologi dalam tubuh manusia, yang dipanggil, ciptaan genius.

DNA didapati mampu menyimpan maklumat per unit isipadu yang sangat padat, lebih padat daripada semua medium yang kita ketahui, daripada cakera keras kepada holografi kuantum.

Corak matematik kompleks fraktal juga telah diprogramkan dalam badan kita dan boleh dikesan dalam salur darah, kapilari, bronchiole paru – paru, neuron, cristae mitochondria.

Clancy_BREAKER_2

Artikel tersebut ternyata mendedahkan hakikat yang sangat mengagumkan tentang kehebatan penciptaan manusia. Namun terdapat permasalahan fatal yang kini menjadi isu dalam pengamalan sains moden.

Iaitu apabila mereka memberikan kredit serta mengaitkan perbuatan, kepandaian dan kegeniusan kepada ‘alam’.

“Alam mengembangkan …’, “Biologi dikendalikan genius…”, “Alam telah menemui…”, “Alam menguruskan …” , “Alam menggunakan …”

Alam tidak boleh ‘melakukan’ semua ini. Kerana alam tidak memiliki niat, tujuan, kehendak dll. Tidak wujud ‘mother nature’. Tetapi kumpulan evolusi materialis tidak boleh lari daripada menerangkan alam sebagai seolah – olah ia ‘pengurus yang genius, pereka cipta, jurutera dll’.

Ini kerana tiada cara lain untuk menerangkan atau memahami konsep kompleksiti terperinci, kecantikan, dan pengurusan dunia, daripada sekecil – kecil mikroorganisma kepada sebesar – besar galaksi, melainkan untuk mengiktiraf kreditnya kepada sesuatu.

Bagi orang yang beriman, sudah pasti tanpa ragu segala kredit dapatan sains tersebut dipulangkan kepada Tuhan pencipta alam.

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya

Namun nampaknya istilah ‘Tuhan’ tidak dianggap saintifik bagi saintis ateis Barat, dan ditukar pula istilah tersebut kepada ‘mother nature’ sebagai ‘Tuhan baru’ yang dikurniakan kebolehan genius mengurus, merancang dan mentadbir.

Diolah daripada muslimskeptic.com

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close